Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Udara Di Brunei Ketiga...

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei melakar sejarah apabila tahap udara di negara kecil...

Barisan EXCO Johor Dibarisi...

MUAR - Barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu dijangka dibarisi...

Kepentingan Wanita Dalam Penggubalan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengetengahkan kepentingan wanita dalam penggubalan dasar negara, kata...

Penambahbaikan Dan Perubahan Diteruskan...

LABUAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan di bawah pimpinan Barisan...

Cadang Mekanisme Peruncit, Pemborong Bumiputera

KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan memperkenal mekanisme campur tangan dalam Bajet 2018 bagi mengggalak pertumbuhan peruncit dan pemborong Bumiputera pada masa depan.

Presiden, Datuk Ir Khairol Anuar Mohamad Tawi berkata, mekanisme itu adalah sama dengan apa yang telah dilaksana di negara lain yang dikenali Program Pembangunan Vendor, di mana pelbagai insentif diberi kepada syarikat Bumiputera untuk mereka kukuh dan maju dalam industri tersebut.

“Dalam sektor runcit dan borong, tidak ada mekanisme atau dasar seperti itu bagi membantu Bumiputera mempunyai pertumbuhan lebih baik dalam industri,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan antara Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam serta usahawan daripada BRO dan Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia di sini, hari ini.

Untuk itu, katanya, BRO telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan untuk menimbang mekanisme yang boleh diguna untuk dasar seperti itu dilaksana.

“Kami bukan sahaja memberi cadangan bagaimana atau apa yang perlu dibuat, tetapi juga idea bagaimana ia boleh dilakukan. Oleh itu kami harap idea ini boleh dibawa ke depan,” katanya.


BRO adalah persatuan yang disertai penggiat Bumiputera dalam industri itu termasuk Habib Jewels, Haji Ismail Group, Al-Ikhsan, Jakel Holdings, Pasaraya UO dan DR Group sebagai suara kepada usahawan Bumiputera.

Jualan terkumpul daripada anggota BRO tahun lepas berjumlah RM8 bilion. – BERNAMA

Kategori