Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penumpang Cemas Tayar AirAsia...

Seramai 184 penumpang pesawat AirAsia Zest berdepan dengan detik cemas apabila tayar pesawat...

Cecair Pembasmi Kuman Beralkohol...

KUALA LUMPUR - Penggunaan cecair pembasmi kuman beralkohol boleh dibawa solat kerana hukumnya...

Ibu Dakwa Anak Autism...

Johor Bahru : Seorang ibu mendakwa anak istimewanya didera di sebuah pusat terapi...

SPAD, PLUS Giat Pastikan...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggiatkan kerjasama lebih erat...

Kerajaan Bantu Mangsa Kebakaran Kuala Perlis

KUALA PERLIS – Kerajaan Perlis akan memberi penempatan sementara kepada tiga keluarga dan bantuan lain kepada 12 pemilik rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi di sini awal pagi tadi.

Anggota Exco kerajaan negeri Mat Hassan berkata dua keluarga yang mendiami dua rumah kedai yang hangus terbakar akan ditempatkan di Flat Sena, Kampung Bakau di Kangar manakala sebuah lagi keluarga yang mendiami satu daripada 13 rumah yang turut terbakar ditempatkan di Flat Wang Ulu Kuala Perlis.

Dalam kejadian kira-kira 2.43 pagi itu, dua rumah kedai serta 13 rumah yang mana 12 daripadanya dijadikan tempat penyimpanan peralatan menangkap ikan musnah dijilat api, bagaimanapun tiada mangsa yang cedera.

Mat yang ditemui pemberita di Bilik Gerakan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Perlis berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) melalui Baitulmal akan menyumbangkan bantuan kepada mereka.

“Buat masa ini, pemilik dinasihatkan tidak membina semula rumah mereka yang musnah kerana tapak penempatan itu dimiliki oleh Menteri Besar Incorporation (MBI).

“Saya mahu penduduk terbabit mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan sebarang tuntutan dan saya akan bantu mereka,” kat Mat yang juga Anggota DUN Kuala Perlis.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Mohd Fadzil Haroon berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan nilai kerugian belum dapat ditaksirkan lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man sempat meninjau tempat kebakaran pagi ini. – BERNAMA

Kategori