Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SM Salim Pupuk Semangat...

KUALA LUMPUR - Penyanyi legenda Allahyarham Tan Sri SM Salim memupuk nilai kasih...

Duterte Tidak Akan Setuju...

MANILA - Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kemungkinan membenarkan militan yang mempunyai kaitan...

Kempen Merdeka Giant Tawar...

KUALA LUMPUR - Rangkaian hypermarket keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan kempen “Tawaran Hari...

Masjid, Surau Di Pulau...

KEPUTUSAN larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali hanya untuk...

Percepat Projek Jambatan Menumbok – Labuan

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diharap dapat mempercepat pelaksanaan pembinaan Jambatan Menumbok – Labuan kerana projek itu penting bagi menggerakkan lagi ekonomi setempat khususnya di Kuala Penyu dan Menumbok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berkata pelaksanaan projek pembinaan jambatan itu juga perlu dijadikan sebagai satu daripada agenda utama dalam setiap sesi pertemuan antara kerajaan pusat dan negeri sebagai usaha menjayakan perancangan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan pembinaan jambatan berkenaan.

“Saya mohon penjelasan adakah sebarang rundingan diadakan dengan kerajaan pusat mengenai pembinaan jambatan itu dan apakah hasil kajian awalan yang pernah dibuat EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum ini?” katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2018 pada persidanganan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Sementara itu, Limus juga mahu kerajaan negeri memberi keutamaan tinggi kepada pelaksanaan projek Jalan Kimanis – Kuala Penyu dalam permohonannya kepada kerajaan Persekutuan.

Limus turut ingin tahu apakah status terkini cadangan pelaksanaan projek jalan raya sejauh 35 kilometer itu memandangkan ia tidak ada dalam senarai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) iaitu projek baharu yang sepatutnya boleh dimulakan pada 2018.


Untuk rekod, katanya, kelulusan prinsip projek itu telah diterima melalui surat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 2014.

Limus percaya selain dapat memendekkan jarak dan masa perjalanan, projek Jalan Kimanis – Kuala Penyu itu akan menjadi lebih penting apabila projek Jambatan Menumbok – Labuan siap dibina kelak.

“Selain penduduk sekitar Kuala Penyu dan Beaufort, projek jalan ini juga tentunya akan merangsang dan memberi suntikan baharu untuk koridor daerah kecil Membakut, Bongawan dan kawasan sekitar,” katanya. – BERNAMA

Kategori