Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Penghibur Jalanan Berang...

VIDEO yang memaparkan seorang penghibur jalanan memberi 'nasihat' secara sinis kepada ibu bapa...

4 Beradik Bergelar Hajah...

KUCHING - Pada usia 25 tahun, Nur Fadzleena Mohd Najib antara jemaah haji...

4 Lelaki Curi Kerbau...

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki dipercayai anggota geng curi lembu dan kerbau berpura-pura...

Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul...

TAWAU - Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini menafikan...

K’jaan Bersedia Kaji Kecualikan GST Kepada Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia mengkaji cadangan untuk mengecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada golongan tertentu seperti Orang Kurang Upaya, mahasiswa dan golongan termiskin, yang berdaftar dengan E-Kasih.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata malahan sejak dilaksanakan, cukai itu telah membantu mengurangkan impak ke atas golongan berpendapatan rendah, dengan tidak mengenakan GST terhadap semua barangan mentah dan makanan asas.

“Kita merupakan negara yang memberi paling banyak pengecualian GST jika dibandingkan dengan negara lain yang melaksanakan cukai ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu menjawab soalan asal Shamsul Anuar, Ahmad berkata setakat 10 Mei, Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerima 4,849 aduan mengenai kesalahan GST dan Anti Pencatutan, membuka 13 kertas siasatan yang mana 11 sedang siasat dan 44 kes akan dibawa ke mahkamah.

Ahmad berkata kerajaan akan terus memperhebatkan penguatkuasaan ke atas peniaga yang melakukan penyelewengan harga bagi memastikan harga barangan stabil seperti sepatutnya setelah ditolak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Sekarang ini yang berlaku ialah peniaga tidak menolak SST dan menambah GST, menjadikan harga yang sepatutnya turun atau kekal itu naik.


“Ini bukan salah GST tetapi salah peniaga, ini yang buat pengguna marah. Kita harap dalam jangka masa enam bulan sehingga setahun, harga ini akan kembali stabil seperti yang kita jangka,” kata Ahmad.

Beliau berkata kerajaan juga akan menimbang untuk membuka lebih banyak kaunter aduan kepada pengguna bagi mereka mengemukakan sebarang masalah mengenai GST.

“Kita sememangnya memberi kuasa kepada seberapa ramai pihak termasuk ketua kampung, JKKK dan pengguna untuk melaporkan setiap kesalahan peniaga mengenai GST kepada pihak kita,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori