Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pendaratan Ikan Di Labuan...

LABUAN - Jumlah pendaratan ikan pada suku pertama tahun ini di Labuan, turun...

Anne Ngasri Tak Idam...

PETALING JAYA - Pelakon Anne Ngasri tidak pernah berhasrat untuk bergiat aktif dalam...

Sebutan Kes Bunuh Pengasas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Januari untuk...

Selebriti Hilang Rumah, Lebih...

LOS ANGELES - Penyanyi Miley Cyrus dan Neil Young antara ratusan penduduk yang...

KJ Saran FAM Segera Swastakan Liga Malaysia

KUALA LUMPUR – “Sudah tiba masa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menswastakan Liga Malaysia”, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau yang berharap cadangan itu dipertimbangkan oleh FAM berkata, langkah berkenaan akan membolehkan liga tempatan dikendalikan oleh entiti swasta dan FAM tidak lagi perlu menjaga format pertandingan Liga Malaysia.

“Perjanjian komersial dengan MP & Silva yang baru dimeterai dengan FAM untuk penyiaran boleh dipindah kepada entiti swasta berkenaan. Fokus FAM harus diberi kepada pasukan kebangsaan dan pembangunan.

“Inilah peranan yang perlu dimain oleh FAM. Liga tempatan dah cantik. Dah berdaya maju secara komersial .Biar Liga Malaysia jadi mampan dengan sendirinya. Serahkan kepada entiti swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy mendakwa beliau pernah berbincang mengenai perkara itu dengan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan baginda pada dasarkan bersetuju dengan cadangan itu.

“Cuma hari ini saya tulis lebih sebagai seorang pencinta bola sepak negara supaya rakan-rakan lain juga dapat memahami apa harapan saya sebelum mulanya Liga Malaysia 2015,” kata beliau.

Menteri Belia dan Sukan dalam pada itu melahirkan kebimbangan terhadap hala tuju peserta Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) selepas mereka tamat menyertai program berkenaan.


Jelasnya, dalam tempoh empat tahun lagi, kumpulan pertama PPBN akan keluar daripada akademi itu maka FAM perlu menyediakan tempat untuk mereka bagi memastikan program itu tidak disia-siakan.

Beliau turut membangkitkan tentang nasib pemain dari pasukan kebangsaan U16 yang hampir layak ke Piala Dunia U17 tahun lalu yang dimaklumkan, ramai mereka diserapkan ke sebuah akademi swasta.

Kata beliau, pemain U16 dan PPBN akan menjadi generasi yang boleh melakukan lonjakan ketara buat sukan bola sepak Malaysia tetapi mereka akan hilang jika satu struktur tidak disediakan untuk mereka ke arah pemain profesional.

“Tumpuan harus diberi kepada pemain-pemain muda yang dikeluarkan oleh ‘kilang’ PPBN dan sekolah-sekolah sukan. Mereka inilah masa depan kita. Barisan pemain senior sekarang mungkin boleh menang Piala AFF atau Sukan SEA tetapi secara jujur, itulah limit mereka,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori