Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ritz Airlines Tak Miliki...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengeluarkan surat amaran kepada Ritz Airlines...

40 Tahfiz Di Pahang...

KUANTAN - Sebanyak 40 daripada 89 mahaad tahfiz yang beroperasi di Pahang gagal...

K’jaan Pertimbang Lakukan Pembenihan...

KANGAR - Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pembenihan awan dalam usaha menangani...

Nad Zainal Mahu Fokus...

PELAKON Nad Zainal menjelaskan bahawa dia akan behenti sementara dari bidang seni bermula...

KJ Cadang Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan Di KBS Elak Ketirisan

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan yang dipengerusikan oleh menteri di kementerian itu bagi memantau segala transaksi kewangan kementerian dan agensi di bawahnya.

Beliau berkata ia bertujuan menambah baik prosedur kewangan sedia ada supaya pemantauan lebih rapi boleh dilaksanakan menteri sendiri dengan bantuan pegawai-pegawai kanan bagi mengelak ketirisan, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Saya cadangkan supaya Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan di kementerian saya ditubuhkan terlebih dahulu dan dipengerusikan oleh menteri sendiri. Ini tidak pernah berlaku, sebab selama ini menteri tanya soal kewangan, menteri tanya KSU (Ketua Setiausaha), KSU jawab. Itu sahaja.

“Tidak ada satu jawatankuasa tetap yang boleh buat pemantauan secara berterusan berkenaan dengan perbelanjaan dan juga segala tranksaksi kewangan dalam kementerian yang dipengerusikan oleh menteri sendiri,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Shahanim Mohamad Yusoff mengenai punca masih berlakunya kelemahan prosedur dan proses kewangan di peringkat kementerian sehingga menyebabkan ketirisan, penyelewengan atau salah guna kuasa seperti kes membabitkan seorang pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata jawatankuasa itu mesti bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan melaporkan segala transaksi kewangan secara terperinci kepada pengerusi dan bukan hanya secara lisan.


Beliau berkata prosedur kewangan sedia ada memberi kuasa setiap keputusan kewangan terhad kepada pengawal kewangan kementerian dan menteri tidak ada kuasa mutlak ke atas keputusan tersebut.

“Perlu ada perubahan di setiap kementerian kerana dengan prosedur sekarang memberi peluang kepada pegawai kanan melakukan penyelewengan dan nampaknya ia sudahpun berlaku,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Mac lalu menahan seorang pegawai kanan KBS selepas disyaki terbabit menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori