Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Sangkal Dakwaan Lewat...

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan seorang lelaki Arab menerusi video...

Akta Antiberita Tak Benar...

KOTA TINGGI - Pelaksanaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan mulai semalam...

Tilawah Hafazan Al Quran...

MULAI 16 hingga 18 Mei setiap 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, penonton...

Jangan Nafi Taraf Hebat...

BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan sesiapa...

Kira-Kira 5,000 Guru KAFA Boleh Diserap Ke Jawatan Tetap

PUTRAJAYA – Kira-kira 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah akan dilantik ke jawatan tetap sejajar dengan usaha kerajaan membela kebajikan golongan guru tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, bagi yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), mereka diberi tempoh dua tahun untuk mengambil kursus tambahan bagi melayakkan ke jawatan yang diperlukan.

Dalam usaha itu katanya, kementerian akan menawarkan kursus diploma kepada guru-guru yang belum mempunyai sebarang kursus tambahan bagi menaik taraf status mereka.

“Mungkin dalam enam bulan pertama kita akan serapkan (mereka) yang sudah cukup kelayakan diploma dan ada ijazah, tetapi yang lain-lain (tiada kursus) kita beri masa dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah pusat kaunseling untuk orang ramai iaitu Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK Care Centre) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.

Fuziah pada Ogos lalu ketika sidang Dewan Rakyat memaklumkan Jakim sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik menjadi penjawat tetap dalam perjawatan.- UTUSAN ONLINE

Kategori