Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah Sokong Gesaan...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyokong...

5 Soalan Gadis Moden...

Anak muda zaman sekarang kena cuba benda ni. Sebelum nak kahwin tu, tanyalah soalan-soalan ni dulu

Lagi Ahli Parlimen Nafi...

PETALING JAYA - Seorang lagi ahli Parlimen menafikan menyokong Dr. Mahathir Mohamad sebagai...

BSH 2020 Fasa Pertama...

SHAH ALAM - Program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa pertama tahun ini...

Kira-Kira 3,500 Murid Di Bawah KPM Dijangkiti HFMD

KUALA LUMPUR Kira-kira 3,500 murid dari 1,288 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilapor dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Manakala 277 kelas serta lima sekolah di seluruh negara diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana penularan HFMD.

“Statistik itu melibatkan murid dari pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah KPM sahaja. Walaupun kita melihat hari-hari ada kes baharu dilaporkan tetapi secara keseluruhan ada penurunan dalam kes berkenaan.

“Keadaan masih terkawal susulan sebanyak 23 peratus penurunan wabak HFMD dilaporkan berbanding minggu lepas,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan HFMD, di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail II, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, semua pihak masih perlu berhati-hati bagi memastikan jumlah murid yang dijangkiti HFMD berkurangan, manakala KPM bekerjasama dengan KKM dan agensi lain dalam memastikan setiap sekolah bebas HFMD.


“Antara langkah-langkah yang diambil adalah melaksanakan penapisan di setiap pintu masuk sekolah untuk memastikan murid yang dijangkiti HFMD mendapatkan rawatan serta dikuarantin bagi mencegah penularan wabak itu,” katanya. – BERNAMA 

Kategori