Kilang Sarung Tangan Terbakar Di Lunas

KULIM – Sebuah kilang membuat sarung tangan dan ambal kapas menanggung kerugian RM2.2 juta, apabila sebahagian daripada bangunannya musnah dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana di Taman Makmur, Lunas, malam tadi.

Dalam kejadian 7.33 malam itu, kira-kira 200 pekerja kilang yang kebanyakannya warga asing turut kehilangan mata pencarian.

Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Kanan Penguasa Ghazali Mahmud berkata, sejurus mendapat panggilan mengenai kebakaran itu pihaknyabersama 22 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 7.45 malam.

Pihaknya menurut beliau, turut dibantu 17 anggota bomba daripada Balai Bomba Hi Tech Park, Kulim dan 38 anggota bomba sukarela Kulim serta Seberang Perai hanya dapat mengawal kebakaran daripada merebak pada 9.45 malam.

“Ratusan ribu sarung tangan getah yang telah siap untuk dieksport, musnah di dalam kebakaran yang besar itu,” kata Ghazali ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, pihak foresnik bomba masih menyiasat punca kejadian.

Sementara itu, pegawai perakaunan kilang terbabit, Tan Eng Boo, 51, berkata, produk-produk yang dihasilkan oleh kilang terbabit adalah untuk pasaran tempatan dan luar terutamanya negara-negara Asia Tenggara. – Bernama

 

VIDEO KEBAKARAN DI SALAK TINGGI

Loading...