Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Naza Italia Akan Buka...

KUALA LUMPUR – Naza Italia, pengimport rasmi tunggal dan pengedar kereta Ferrari di...

Afidavit Mahkamah Rayuan Tak...

SHAH ALAM - Afidavit saksi sewaktu inkues Muhammad Adib Mohd Kassim yang digunakan...

Jamal Naik MRT Dengan...

SINDIR... Mungkin ada mesej tersirat di sebalik gimik terbaharu pemimpin Gerakan Merah Malaysia,...

Rejimen 4 KAD Tahan...

SERIAN - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan bersama pelbagai barangan yang...

Kilang Pemprosesan kayu Musnah Dalam Kebakaran Di Kuala Krai

KOTA BAHARU – Sebuah kilang pemprosesan kayu kerugian kira-kira RM25,000 dalam kebakaran di Kampung Keroh, Kuala Krai awal hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II, Che Razak Harun berkata kebakaran yang berlaku pukul 4.44 pagi itu memusnahkan sebuah daripada tiga bangunan yang terdapat di kilang tersebut.

“Turut musnah dua buah mesin pemprosesan kayu yang terdapat dalam bangunan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Razak berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran sedang dalam siasatan.


Beliau berkata seramai lapan anggota bersama tiga jentera bomba yang tiba di lokasi kebakaran pukul 5.02 pagi berjaya memadamkan api daripada merebak ke bangunan lain di kilang tersebut dalam tempoh dua jam setengah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori