Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUCHING - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini...

Aplikasi ‘Rain Alarm’ Alternatif...

KUALA KRAI : Aplikasi cuaca 'Rain Alarm' - yang memberi amaran jika hujan...

Seleweng Pembahagian Tanah, GGF2...

PUTRAJAYA – Pertubuhan Gerak Generasi Kedua Felda Bukit Cherakah (GGF2) hari ini membuat...

Yang Di-Pertuan Agong Berangkat...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri...

Ki-moon Sebut Austria Jadi Australia

Ban Ki-moon melambai tangan bersama-sama Conchita Wurst yang datang melawat ibu pejabat PBB di Vienna, Austria.

VIENNA – Mungkin kerana berasa amat gugup dapat berdiri di sisi penyanyi pondan terkenal Eropah, Conchita Wurst, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon tersilap menyebut nama negara Austria menjadi Australia.

Kejadian memalukan pada 3 November itu berlaku ketika Wurst, 25 tahun, mengunjungi pemimpin badan dunia tersebut dan melawat ibu pejabat PBB di sini bagi mempromosikan hak kesamarataan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Dia sempat menyampaikan beberapa buah lagu popular di hadapan ratusan petugas PBB itu sebelum kemudian Ki-moon bergegas pula menghadiri persidangan kemuncak 32 buah negara terkepung tanpa laut yang julung kali dianjurkan pemerintah Austria.

Di situ beliau tersasul merujuk negara tengah benua Eropah itu menjadi Australia apabila berkata: “”Saya berterima kasih khasnya Presiden Heinz Fischer dan kerajaan Australia,” sebelum membuat pembetulan sejurus menyedari ramai hadirin terpinga-pinga.

Pada sidang akhbar selepas perasmian persidangan itu, Ki-moon memohon maaf dan berkata: “Sebenarnya tidak ada seekor kangaru pun di Austria. Ada kala kesilapan boleh berlaku dan saya berharap anda semua faham keadaad tersebut.” – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori