Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PM Berhak Jawab Soalan...

KUALA LUMPUR - Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab pertanyaan daripada pembangkang yang...

Budak Lelaki 8 Tahun...

NASIB malang yang menimpa kanak-kanak berusia 8 tahun, David Spisak sangat menyedihkan apabila didapati menghidap...

Juri Dikawal Ketat Sepanjang...

PERBICARAAN ketua kumpulan kartel dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman akan bermula di...

Kerajaan Akan Perkenal Cukai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai baru dalam usaha meningkatkan hasil...

Khazanah Harap Kerajaan Gubal Akta MAS Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal ‘Akta MAS’ awal tahun depan sebelum MAS NewCo ditubuhkan pada pertengahan 2015.

Berdasarkan pelan pemulihan MAS bernilai RM6 bilion, syarikat akan dikeluarkan daripada senaraian awam di Bursa Malaysia menjelang hujung tahun ini dan syarikat baharu (Newco) akan diwujudkan bagi meneruskan perniagaan syarikat.

Bagi mempermudah penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu secara menyeluruh dan seiring perkembangan semasa, kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Parlimen, dikenali Akta MAS.

Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata akta baharu itu sangat penting sebagai akta yang membolehkan dan usulnya dijangka dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini.

“Akta ini perlu disegerakan namun kami boleh menunggu hingga tahun baharu bermula,” katanya di luar Forum Megatrends Khazanah 2014, di sini hari ini.

Beliau berkata Khazanah Nasional sudah memulakan usaha untuk menggubal Akta MAS dengan Pejabat Peguam Negara.


Azman berkata sebulan selepas pelan pemulihan MAS itu diumum, banyak sesi komunikasi antara Khazanah Nasional, MAS dan kerajaan diadakan.

Sementara itu, Azman hari ini turut mengesahkan bahawa Khazanah Nasional akan menyenaraikan Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd di Bursa Malaysia, namun perkara itu tidak akan dibuat pada tahun ini.

“Syarikat taman tema itu mencatat prestasi baik dan kita tidak mahu tergesa-gesa menyenaraikannya.

“Ini satu keputusan yang akan dibuat secara bersama oleh lembaga pengarah Khazanah dan Themed Attractions,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori