Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Umum Bantuan Kepada...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan...

Bekas Presiden Kenya Meninggal...

KENYA: Bekas Presiden Kenya, Mwai Kibaki meninggal dunia hari ini ketika berusia 90...

Warga Emas Maut Kemalangan...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal warga emas, maut dalam kemalangan di Jalan Ladang...

Siapa Mengundi, Dapat Pergi...

TAWARAN bukan calang-calang iaitu sebanyak 500 tiket percuma, kos murah untuk mengerjakan haji...

Khazanah Agih RM1.6b Fasa Kedua Pembiayaan MAS

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd dijadual mengagihkan hingga RM1.6 bilion kepada Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai sebahagian daripada fasa kedua pembiayaan pelaburan bersyarat dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Antara syarat pengagihan itu ialah pelaksanaan beberapa perkara utama, antaranya, pelan perniagaan syarikat baharu (NewCo) diluluskan Khazanah dan Lembaga Pengarah MAS.

Mengikut Khazanah dalam Perkembangan Kemajuan Suku Tahun Pelan Pemulihan MAS (MRP) yang kedua, syarat lain yang diperlukan untuk pembiayaan ialah kajian tadbir urus korporat, pelaksanaan proses pemilihan tenaga kerja serta program pembangunan dan pengurusan tenaga kerja dan sasaran kewangan dan operasi untuk dipersetujui.

MAS NewCo adalah syarikat yang mengambil alih MAS sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, dan Khazanah memiliki 100 peratus kepentingan.

Seperti disebut di bawah MRP, selesainya pengurangan modal dan proses pembayaran balik (SCR) serta penyahsenaraian MAS adalah syarat perlu untuk komitmen Khazanah mengagihkan pembiayaan pelaburan hingga RM6 bilion secara berperingkat dan di bawah syarat yang ketat.


Daripada fasa pertama pembiayaan pelaburan bersyarat berjumlah RM2 bilion yang disasarkan pada akhir Disember 2014, RM1.38 bilion diagihkan untuk pembayaran kepada pemegang saham susulan kejayaan pelaksanaan SCR.

Baki fasa pertama pembiayaan itu akan diagihkan berdasarkan keperluan aliran tunai MAS dan syarat yang ditetapkan Khazanah.

Sebagai sebahagian daripada matlamat jangka panjang MAS untuk mengurangkan tahap kadar hutangnya, perbincangan mengenai syarat cadangan pertukaran hutang-bagi ekuiti dengan beberapa pihak sedang dijalankan, dengan perjanjian mengenai syarat utama yang disasarkan pada akhir suku pertama 2015 dan pelaksanaan perjanjian definitif pada suku kedua 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori