Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cuti Tanpa Rekod Pesta...

PUTRAJAYA - Berkuat kuasa tahun ini, pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan...

Amelia Henderson Diugut Rogol...

JOHOR BAHRU - Pelakon, model dan pengacara jelita, Amelia Henderson mendedahkan pernah menerima...

Macam Mana Gayanya Bila...

CEMERLANG dengan wataknya sebagai pengulas sukan bernama Rahman dalam filem Ola Bola, aktor...

Karmaine Sardini Calon PH...

PONTIAN - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini,...

Khairul Hafiz Bakal Terima Ganjaran RM10,000

KUALA LUMPUR – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengumumkan ganjaran RM10,000 kepada Khairul Hafiz Jantan, pelari pecut sensasi negara yang memecahkan rekod selama 18 tahun dalam acara 100 meter.

Presidennya, Datuk Karim Ibrahim melahirkan perasaan bangga dan pihaknya telah bersetuju untuk memberi ganjaran itu kepada Khairul Hafiz.

“Catatan masa Khairul bukan sekadar hanya memecahkan rekod selama 18 tahun tapi masa catatan itu telah membuka mata ramai pihak yang tidak menduga Malaysia mampu melahirkan pelari pecut yang berpotensi tinggi sepertinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Istana Negara, di sini hari ini.

Karim mengakui Malaysia mempunyai ramai atlet berbakat, cuma memerlukan jurulatih serta atlet yang berdedikasi untuk acara olahraga agar dapat memecah banyak rekod lagi di kejohanan lain.

Walaubagaimanapun, Karim berkata beliau sedikit terkilan kerana masa catatan 10.18s itu dicipta selepas tarikh tutup untuk ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

“Jadi kita pun tidak boleh berbuat apa-apa, tapi dia boleh berusaha untuk pergi ke lain-lain kejohanan selepas ini,” katanya.

Sementera itu, beliau berkata KOM akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk merancang satu program jangka masa panjang buat Khairul serta jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim.

Karim berkata, perancangan itu termasuk dengan menghantarnya untuk berlatih di luar negara bersama jurulatihnya bagi mempastikan pingat acara olahraga di temasya Sukan SEA serta kejohanan lain yang akan datang.


Selain itu, Karim juga sudah berbincang dengan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), untuk Khairul menyertai kejohanan olahraga Grand Prix IAAF kerana masa catatannya sudah mencapai had kelayakan menyertai kejohanan itu.

“Sekiranya Khairul menyertai Grand Prix IAAF, beliau juga berpeluang untuk mendapat bayaran (untuk bertanding),” katanya.

Katanya, Khairul Hafiz juga akan menyertai kejohanan Olahraga Dalam Dewan mulai tahun hadapan.

Khairul Hafiz yang juga atlet di bawah Program Kita Juara Sukan SEA 2017, melakar kejayaan manis apabila meleburkan rekod 100 Meter Sukma dan kebangsaan dengan catatan 10.18 saat, sekali gus memadamkan rekod lama 10.30s yang dicipta Watson Nyambek pada Sukan Pra-Komanwel 1998. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori