Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Bentuk Semula Agensi...

SENDAI (Jepun) - Malaysia bercadang membentuk semula agensi pengurusan bencana untuk menjadikannya lebih...

MPM Sokong Boikot Peniaga...

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) membuat kenyataan terbuka menyokong gesaan Menteri...

Jurusolek Jelas Isu Make...

SETELAH viralnya foto-foto peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) yang disifatkan sebagai raw dan...

Akhirnya, Lelaki Dakwa Diri...

Papan iklan gergasi ini paling mendapat perhatian di Butterworth gara-gara seorang lelaki berani...

Khairuddin Tarik Balik Permohonan Habeas Corpus

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menarik balik permohonan habeas corpus bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim membenarkan permohonan Peguam Mohamad Hanif Khatri Abdulla, yang mewakili Khairuddin, 53, kerana permohonan itu menjadi akademik apabila Khairuddin didakwa di Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mohamad Hanif memaklumkan bahawa Khairuddin didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547).

“Akibatnya, permohonan habeas corpus menjadi akademik. Oleh itu, saya mohon permohonan ini ditarik balik,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, yang mewakili kesemua responden, tidak membantah permohonan itu.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan tersebut.

Pada 28 Sept lepas, Khairuddin memfailkan permohonan itu dengan menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji; Ketua Polis Daerah Dang Wangi; Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa penahanannya mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bertarikh 24 Sept lepas yang dikeluarkan responden pertama (Habibi) dan dilaksanakan oleh responden kedua (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) di Ibu Pejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah tidak sah dan terbatal.


Beliau juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain memohon relif-relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.

Beliau turut mengemukakan permohonan itu atas alasan penahanannya tidak mematuhi peruntukan undang-undang SOSMA 2012, berniat jahat dan berbentuk mala fide serta difikirkan kemudian oleh responden.

Khairuddin, yang juga suami pelakon Umie Aida, mendakwa penahanannya merupakan penyalahgunaan proses undang-undang dalam menggunakan SOSMA 2012 secara salah sedangkan tindak-tanduknya tidak langsung berunsur aktiviti pengganas.

Pada 23 Sept lepas, Khairuddin ditahan semula mengikut SOSMA 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas tamat tempoh tahanan reman bagi kes Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Beliau ditahan reman sejak 19 Sept mengikut Seksyen 124C bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Bagaimanapun, semalam, Khairuddin dan peguam Matthias Chang Wen Chieh didakwa atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori