Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

China Arah Tutup Kilang...

Shanghai - Naib Perdana Menteri China Zhang Gaoli semalam mengarahkan penutupan sementara kilang...

PRN JOHOR : BN...

PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) hampir pasti memenangi...

Bank Perlu Kemas Kini...

KUALA LUMPUR - Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran...

Dakwaan Rasuah: Tiada Laporan...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana...

Keyakinan Teguh Di Sebalik Deepavali Mesti Terus Disokong

KUALA LUMPUR – Keyakinan yang teguh di sebalik perayaan Deepavali mesti terus disokong dalam kehidupan seluruh rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada agenda membina negara, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Malaysia perlu mendapatkan inspirasi dan keberanian daripada perayaan yang bermakna itu dan terus berjuang menentang ancaman golongan ektremis dan gerakan memecah belahkan perpaduan rakyat.

“Ia merupakan peperangan berterusan terhadap yang berniat jahat, perbuatan yang hina dan ketidakpatuhan undang-undang yang kita tidak boleh berkompromi atau biarkan dalam usaha kita untuk menggalakkan perasaan muhibbah, kekayaan bersama dan kesepadanan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menggesa rakyat Malaysia mengamalkan kesederhanaan dan bersikap inklusif untuk menyampaikan mesej jelas kepada pihak yang membiarkan  unsur negatif dan memecah-belahkan.


“Rakyat Malaysia yang setia perlu bekerja keras untuk bersatu padu dan hidup secara aman serta tidak boleh ditewaskan oleh niat jahat.

Dalam semangat Deepavali, marilah kita berdoa bahawa cahaya Deepavali akan menerangi hati kita dan menunjukkan kita ke arah masa hadapan yang lebih cerah dan lebih baik,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori