Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Snail Haptor, Kabel USB...

SNAIL HAPTOR ialah konsep kabel USB yang menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kabel pengecas...

18 Dan 19 November...

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini...

Peminat Gelar Kim Kardashian...

Kim Kardashian bersetuju apabila digelar sebagai 'fat bit*h' oleh satu satu akaun troll di...

Lee Chong Wei Terima...

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains...

Ketua Samseng Geng Pam Mati Ditembak Polis

IPOH – Seorang penjenayah yang sangat dikehendaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Jalan Air Kuning-Kampung Gajah dekat Tapah hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun tersebut melepaskan tembakan sebaik sahaja polis menghampiri kereta suspek yang terbabas.

Menurutnya, sebelum itu suspek yang memiliki tujuh rekod jenayah itu, cuba melarikan diri ke arah Teluk Intan dengan kereta jenis Honda City bagi mengelak ditahan oleh polis.

Hasnan seterusnya berkata, suspek kemudian dikenal pasti merupakan ketua kumpulan penjenayah Geng Pam dan ahli kongsi gelap 04 yang amat dikehendaki pihak polis selama ini.

“Suspek yang memandu kereta secara berseorangan pada mulanya ditemukan dalam keadaan curiga di Jalan Air Kuning-Teluk Intan dan cuba melarikan diri sebaik terserempak dengan polis.

“Kereta suspek terbabas di kiri jalan dan suspek kemudiannya keluar dari keretanya lalu melepaskan tiga das tembakan menyebabkan polis melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.


“Tembakan mengenai bahagian dada suspek dan dia disahkan mati serta-merta di tempat kejadian,” kata Hasnan dalam sidang akhbar di tempat kejadian di sini hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori