KPN Desak Henti Isu Turunkan Salib Taman Medan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa agar semua pihak menghentikan perbincangan insiden protes salib di Taman Medan, Petaling Jaya beberapa hari lalu kerana ia merupakan isu sensitif.

Ujar beliau, tidak semua isu boleh dipanjangkan dan diperbesarkan kerana bakal memburukkan keadaan sedia ada.

[Isu Salib: Hormati Amalan Beragama, Patuhi Undang-Undang]

Dalam satu kenyataan di Bukit Aman semalam, beliau berkata”Saya merayu kepada semua agar tidak memanjangkan isu ini kerana ada perkara yang kita boleh panjangkan, kita sebar luaskan tetapi isu-isu berkaitan dengan bangsa dan agama ini kita jangan main-main.

“Jadi janganlah kita mainkan sentimen-sentimen yang sengaja memanaskan situasi ini, ini tidak baik untuk negara kita yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa.”

demo-salib

Tambah Khalid, polis polis tidak akan berdiam diri atas setiap laporan yang diterima dan akan melakukan siasatan dengan kadar segera.

“Saya memberi jaminan di sini bahawa setiap laporan polis yang dibuat akan kita siasat, tapi biarlah pihak berkuasa MPPJ, kerajaan negeri dan pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang patut.

“Siasatan akan tetap dibuat, dan saya juga tidak akan mencampuri urusan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis Selangor.”

Selain itu, dalam kenyataan sama, beliau tidak risau tentang pernglibatan abangnya dalam perhimpunan tersebut dan amat profesional sekiranya tindakan diambil ke atas abangnya itu.

“Saya amat profesional dalam hal ini kerana sentimen adik beradik tidak akan mempengaruhi saya dalam apa juga tindakan kita (pihak polis).”

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita – Gereja Taman Medan Tak Sah

Leave a Reply