Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Tetamu Majlis Kahwin Dilarang...

RIYADH - Ratusan tetamu pada majlis perkahwinan sepasang pengantin Arab Saudi terperanjat apabila...

Tren Kargo Tergelincir, Komuter...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang dan...

Projek Naik Taraf Lebuhraya...

ISKANDAR PUTERI – Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu kerja-kerja menaik...

Lawatan TPM Akan Meningkatkan...

BEIJING - Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam...

Ketua Pengarah Operasi Didakwa Cabul Pekerja Wanitanya

KUALA LUMPUR – Seorang ketua pegawai operasi sebuah syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, bulan lepas.

K.S. Vasan, 52, didakwa mencabul dengan memegang dada wanita yang berumur 32 tahun di sebuah pejabat di Mont Kiara, Sentul di sini, pukul 10.30 pagi, 23 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Vasan didakwa telah memegang punggung mangsa di dalam lif bangunan pejabat itu antara pukul 9 hingga 6 petang, antara Disember 2014 hingga Januari lepas.

Tertuduh turut didakwa memegang pinggang mangsa di tangga kecemasan di tempat, masa dan tarikh yang sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan menetapkan 26 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori