Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Menang Perak, Gangsa...

KUALA LUMPUR: Malaysia membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa daripada Kejohanan...

BMW Serah 20 Kereta...

KUALA LUMPUR - BMW Malaysia menyerahkan 20 kereta model BMW 5 Series Hybrid...

Media Banjiri Wisma Bapa,...

KUCHING - Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak...

Suami Merajuk Telefon Bomba...

ALAHAI... macam-macam. Seorang lelaki berusia 57 tahun bertindak menelefon bomba memaklumkan dia mahu...

Ketiadaan Chong Wei Beri Tamparan Hebat

SEPANG – Skuad badminton Malaysia mengakui menerima tamparan hebat berikutan penarikan diri tonggak utama negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Nanjing, China pada Isnin ini.

Jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang berkata walaupun kejohanan berprestij itu merupakan acara individu, penyertaan Chong Wei pada kebiasaannya dapat menyuntik semangat pemain lain untuk mempamerkan aksi lebih baik.

Beliau berkata kehadiran Chong Wei bersama pasukan sebelum ini sangat signifikan kerana prestasi konsisten jaguh negara itu akan memberi motivasi terbaik kepada rakan sepasukan untuk menampilkan aksi yang cemerlang dalam setiap kejohanan.

“Walaupun Kejohanan Dunia acara individu, sudah tentu pemain berasa sedikit tertekan, kalau sebelum ini tumpuan ke arah Chong Wei, kini pemain beregu terutamanya perlu menggalas cabaran itu untuk memberikan prestasi cemerlang kepada negara.

“Setiap pemain beraksi di Kejohanan Dunia pasti mahu menjadi juara, kami sebagai jurulatih hanya membantu dari segi strategi, selebihnya bergantung kepada pemain itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pada Kejohanan Dunia itu, Malaysia menghantar tiga beregu lelaki, gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Aaron Chia-Wooi Yik Soh; dua beregu wanita, Vivian Hoo-Woo Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean; serta tiga beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Selain itu, pemain perseorangan wanita disertai Soniia Cheah dan Goh Jin Wei manakala pemain profesional, Liew Daren akan bersaing dalam acara perseorangan lelaki.

Mengenai sasaran anak buahnya, Cheh Chang berkata tumpuan perlu diberikan pada setiap pusingan perlawanan yang perlu dilepasi berbanding meletakkan sasaran mara ke separuh akhir atau final.

Beliau berkata saingan pada Kejohanan Dunia berbeza dengan Kejohanan Terbuka kerana kebanyakan pemain bukan pilihan akan melakukan kejutan terhadap pemain utama.

“Persediaan pemain lain bukan sahaja dalam aspek taktikal permainan tetapi stamina dan persediaan mental juga penting. Dalam Kejohanan Dunia, ramai pemain bukan pilihan akan melakukan kejutan.


“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, bagi saya lebih penting mereka melepasi setiap pusingan, selesai satu pusingan kita akan berbincang serta menganalisis kelemahan dan kekuatan pemain dan juga pihak lawan. Persedian setiap perlawanan lebih penting,” katanya.

Sementara itu ketua jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman berkata beliau tidak mahu anak buahnya memikirkan ketiadaan Chong Wei memberi tekanan tetapi mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Paulus berkata pemain sepatutnya lebih bermotivasi kerana sandaran dan harapan negara diletakkan kepada mereka.

“Saya mahu pemain menjadi lebih bermotivasi dan bertanggungjawab menggalas cabaran untuk negara. Jangan berasa tertekan sehingga mengganggu permainan mereka,” katanya.

Chong Wei menarik diri daripada Kejohanan Dunia kerana mengalami masalah kesihatan iaitu ‘respiratory disorder’ yang berkaitan dengan sistem pernafasan dengan perlu berehat panjang daripada menyertai sebarang kejohanan.

Pemain itu juga tidak akan beraksi pada Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini. – BERNAMA

Kategori