Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

oBike Bekerja Sama Dengan...

KUALA LUMPUR - Dicampak ke dalam longkang, digantung di atas pokok, tiada pedal,...

Najib Mungkin Dapat Pengampunan...

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan...

PAS Tidak “Pelahap” Jawatan...

BATU PAHAT -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak...

Reman Lelaki Bunuh, Bakar...

KUALA SELANGOR: Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di...

Ketiadaan Bruno Jejaskan Corak Permainan TFC II

KUALA TERENGGANU – Ketiadaan Bruno Junichi Suzuki jelas menjejaskan rentak permainan pasukan Terengganu Football Club II (TFC II) bagi mengutip tiga mata penuh dalam saingan Liga Premier musim ini.

Ketua Jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Abdul Wahab mengakui kehilangan bekas penyerang pasukan Negeri Sembilan itu jelas merencatkan kemaraan TFC II dalam memburu kemenangan kedua setelah meraih tiga mata penuh menentang UKM FC, sebelum ini.

“Memang tidak dinafikan ketiadaan dua pemain utama saya, Bruno Junichi Suzuki dan Mohd Haidir Suhaini merencatkan bahagian jentera serangan.

“Pada masa ini, tahap Lee Jun-Hyeob belum dapat menandingi Bruno, kita belum dapat impak dan mungkin dia memerlukan sedikit masa untuk serasi dengan corak permainan pasukan,” katanya selepas perlawanan TFC II menentang Felda United FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Sebelum ini, Terengganu Football Club (TFC) mengumumkan tiga pemain TFC II akan beraksi bersama skuad kendalian Irfan Bakti iaitu Aliff Fitri, Muhammad Haidhir Suhaini dan Bruno Junichi Suzuki.

Pertukaran berkenaan menyaksikan pemain tengah TFC, Ismail Faruqi Ashari, Abdul Shukor Jusoh dan awang import, Lee Jun-Hyeob, diturunkan beraksi bersama TFC II.


Pada aksi malam tadi, Felda United mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier apabila mengumpul 18 mata, selepas mengalahkan TFC II 2-0.

TFC II kini menghuni tangga ke-10 liga dengan empat mata, manakala Johor Darul Ta’zim II dan UKM FC, masing-masing di tempat ke-11 dan 12, selepas mengumpul tiga mata. – BERNAMA

Kategori