Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kapten Manchester United Bakal...

KETUA pasukan Manchester United dilapor bakal menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan...

CEP Sekadar “Tuan Penasihat”

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dianggotai Tun Daim Zainuddin, Tan...

Polis Rampas 16 Senjata...

LANGKAWI - Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah...

RAM Ratings Jangka KDNK...

KUALA LUMPUR - RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam...

Kestabilan Kewangan Domestik Kekal Kukuh 2018

KUALA LUMPUR – Prospek kestabilan kewangan domestik dijangka kekal kukuh pada tahun ini, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Jawatankuasa Kestabilan Kewangannya (FSC) menilai pada mesyuarat Jumaat lepas bahawa kedudukan kestabilan kewangan domestik berada dalam keadaan terpelihara dan mendapat sokongan yang baik daripada kedudukan institusi kewangan yang kukuh dan pasaran kewangan domestik yang teratur.

Dalam kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, ujian tekanan kesolvenan berbilang tahun yang dijalankan mengesahkan keupayaan mantap bank-bank serta penanggung insurans dan pengendali takaful di Malaysia untuk menghadapi tekanan makroekonomi dan kewangan.

“Permodalan keseluruhan dijangka terus berada di atas paras keperluan minimum pengawalseliaan di bawah kejutan khusus untuk kredit, pasaran dan kejutan khusus insurans yang teruk yang setara dengan pengalaman krisis domestik dan global yang lalu.

“Ini mencerminkan pengukuhan kedudukan kewangan isi rumah dan perniagaan yang berterusan dalam keadaan ekonomi yang bertambah baik,” kata BNM.

Katanya sektor perbankan, insurans dan takaful di Malaysia kekal berdaya tahan dan disokong oleh tahap permodalan yang tinggi.

Keadaan pendanaan dan mudah tunai terus menggalakkan, dengan nisbah pinjaman kepada dana dan Nisbah Perlindungan Mudah Tunai untuk sistem perbankan, masing-masing pada 84 peratus dan 132 peratus pada akhir Januari 2018, katanya.


Bagi korporat di Malaysia, BNM berkata leveraj secara agregat meningkat seiring dengan aktiviti pelaburan, susulan hutang berisiko lebih rendah dalam keadaan kewangan sektor korporat yang terus kukuh dan tahap pinjaman terjejas nilai yang rendah.

“Prospek kredit keseluruhan bagi sektor perniagaan dijangka bertambah baik dengan keadaan ekonomi yang menggalakkan, meskipun sektor minyak dan gas serta sektor yang berkaitan hartanah masih menghadapi cabaran.

“Potensi mudah terjejas daripada peminjaman luar negeri oleh korporat di Malaysia terkawal dengan pendedahan yang sebahagian besarnya dilindung nilai dan terdiri daripada peminjaman intrasyarikat dengan tempoh matang yang lebih panjang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BNM

Kategori