Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hafizh Syahrin Raih Empat...

KUALA LUMPUR - Pelumba ‘rookie’ MotoGP Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan aksi meyakinkan...

Tingkat Kemahiran Tenaga Kerja...

BUSAN (Korea Selatan) - Cabaran utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital bukan lagi...

Remaja OKU Berlawan Ular...

ALOR SETAR - Seorang remaja yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran...

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja...

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju melanjutkan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sehingga akhir tahun...

Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Masih Rendah

SEREMBAN – Kesedaran tentang kesihatan mental dan rawatan pencegahan awal dalam kalangan penduduk di Negeri Sembilan masih rendah dan perlu diberikan perhatian serius, kata Pengerusi Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.

Beliau berkata ini penting memandangkan negeri ini merekodkan bilangan warga emas tertinggi di negara ini kerana semakin panjang hayat seseorang itu semakin banyak masalah kesihatan yang boleh dihadapi termasuk masalah kesihatan mental.

“Pada tahun 2017, diunjurkan bilangan penduduk warga emas di negeri ini adalah seramai 129,400 orang iaitu 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Sembilan menjadikan negeri ini mempunyai bilangan warga emas yang tertinggi berbanding negeri lain.

“Krisis berkaitan kesihatan mental kebiasaannya tidak diberi perhatian disebabkan faktor seperti kurangnya pengetahuan, sikap masyarakat yang tidak ambil peduli, stigma dan diskriminasi. Penganjuran program-program kesedaran mengenai penyakit ini perlu dilaksanakan lebih kerap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Warga Emas Sedunia 2017 peringkat negeri di sini, hari ini.


Shamsulkahar berkata, pada tahun 2006, Negeri Sembilan mencatatkan kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia mempunyai bilangan pesakit mental dan kemurungan, namun peratus itu dilihat menurun menjelang tahun 2015.

“Justeru, saya mengharapkan masyarakat di negeri ini sentiasa peka dan mendapatkan rawatan mahu pun perundingan yang sepatutnya agar penyakit kemurungan yang dihadapi itu tidak berlarutan (menjadi penyakit mental),” katanya. – BERNAMA

Kategori