Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jennifer Aniston Kahwin Justin...

PASANGAN romantis dan pelakon popular Hollywood, Jennifer Aniston dan Justin Theroux akhirnya bersatu...

‘Baby Ninja’ Jihan Selamat...

SETELAH sembilan tahun bercinta dan hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya...

Honda Malaysia Buka Pusat...

KUALA LUMPUR - Pengedar Honda terbesar di Terengganu telah melancarkan Pusat 3S yang...

Tukar Agama: Undang-Undang Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri...

Kesatuan Sekerja Air France Umum Mogok Baharu

PARIS – Kesatuan sekerja Air France yang mewakili kru penerbangan dan kakitangan syarikat itu, semalam mengumumkan mogok dua hari pada 10 dan 11 April ini, tindakan terbaru dalam perbalahan berhubung gaji dengan syarikat penerbangan kebangsaan Perancis itu sejak Februari lalu.

Tarikh baharu itu sebagai tambahan kepada pelan mengadakan mogok esok dan Sabtu ini, minggu sama pekerja pengendali kereta api Perancis, SNCF juga memulakan siri mogok.

Kakitangan Air France sudah mengadakan mogok pada tiga tarikh, iaitu 22 Februari dan 23 dan 30 Mac.

Dalam kenyataan semalam, tiga juruterbang kesatuan menyelar ‘kedegilan’ pengurusan syarikat penerbangan untuk sekurang-kurangnya mengambil kira tuntutan mereka.

Juruterbang berkenaan disertai kesatuan yang mewakili pembantu penerbangan dan kakitangan pejabat, yang kemudian mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan Air France ‘tidak mengambil serius kepentingan pekerja dan kesatuan.’


Kakitangan Air France menuntut kenaikan gaji enam peratus, dengan kesatuan menyatakan syarikat perlu berkongsi kekayaan dengan stafnya selepas keuntungan lumayan pada 2017.

Namun pengurusan menegaskan ia tidak dapat menawarkan gaji lebih tinggi tanpa membahayakan pertumbuhan dalam sektor yang mempunyai persaingan sengit itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori