Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Yingluck Didapati Bersalah, Dihukum...

BANGKOK – Mahkamah Agung Thailand Rabu mendapati bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersalah...

Nga Kor Ming Nafi...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menafikan dakwaan wujudnya konspirasi...

Rampasan Dadah Sindiket M’sia...

BANGKOK - Polis Thailand menganggarkan dadah yang dirampas daripada 21 anggota sindiket rakyat...

Curi Makanan Di Pasar...

PETALING JAYA - Gara-gara mencuri pelbagai jenis makanan bernilai hampir RM200 di sebuah...

Kesalahan Pengangkutan Awam, Barangan Menurun

MELAKA – Kesalahan melibatkan pengangkutan awam dan barangan seperti teksi, bas dan lori yang dikesan sempena Op Tahun Baharu Cina menurun daripada 499 kes pada 2015 kepada 446 (2016) dan 221 kes tahun lepas.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata ia ekoran pelaksanaan penguatkuasaan agresif secara bersepadu dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Beliau berkata selain itu, penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup, Sistem Kedudukan Global (GPS) kenderaan dan kamera jarak jauh turut digunakan bagi memantau pergerakan serta kesalahan melibatkan pengangkutan awam.

“Saya nak ingatkan semua pemandu pengangkutan awam terutama bas bahawa pergerakan mereka sentiasa dipantau agar tidak melakukan kesalahan terutama memandu secara laju atau berbahaya kerana mereka membawa nyawa yang banyak dalam satu-satu masa.

“Kita mahu semua pemandu pengangkutan awam ini sentiasa berwaspada dengan keselamatan mereka dan juga orang awam yang dibawa,” katanya kepada pemberita selepas Op Khas Tahun Baharu Cina SPAD negeri Melaka di Terminal Bas Melaka Sentral di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan Adli Azmi Ahmad.


Sementara itu, Che Hasni berkata setakat 9 dan 10 Feb lepas sebanyak 49 kes melibatkan teksi, bas dan lori direkodkan dalam operasi khas itu di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah pemandu teksi tidak mempunyai kad pemandu, parkir di tempat tidak dibenarkan, tiada pemandu kedua bagi bas, pemandu gagal mengemukakan permit dan keselamatan barangan yang dibawa,” katanya.

Beliau berkata operasi khas sejak 9 hingga 25 Feb depan itu diharapkan dapat mengurangkan jumlah kesalahan melibatkan pengangkutan awam dan darat. – BERNAMA

Kategori