Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ibu, ‘Tomboy’ Ditahan Dera...

KEPALA BATAS - Tiga kanak-kanak berumur antara 4 dan 12 tahun disyaki didera...

KKM Terima Bantuan Peralatan...

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima lagi bantuan peralatan perubatan, kali...

“Moga Allah Izinkan Cinta...

KEMESRAAN dan aksi romantik penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan Shuib (Sepahtu) sentiasa menjadi...

Kes Video Seks Gay...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberi jaminan kes video...

Skandal Hartanah: Exco Johor Dibawa Ke Mahkamah

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, di sini pada Jumaat.

Ia dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes pertukaran status hartanah di sekitar Johor.

Beliau yang berusia 51 tahun itu kelihatan memakai baju khas tahanan SPRM berwarna jingga kelihatan tenang ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini oleh pegawai agensi tersebut.

Semalam, pihak SPRM merampas sejumlah 150 beg tangan pelbagai jenama, wang tunai RM41,000 dan Toyota Vellfire hasil serbuan di salah sebuah rumahnya di bandar raya ini.

Sebelum ini pada 24 Februari, anak lelaki dan pembantu khas beliau turut pernah ditahan oleh pihak SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.


Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas memberikan kerjasama sebelum Abdul Latiff ditahan bagi membantu siasatan, pagi semalam.

Kategori