Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Budak Maut, 7 Cedera...

Beaufort - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh cedera selepas tiga rumah dihempap...

Betul Ke Lelaki Gemuk,...

PERCAYA atau tidak, mengikut kajian, lelaki yang boroi dipercayai lebih penyayang dan seksi?...

Zamani Minta Maaf Ada...

PENYANYI Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.Hari ini,...

Pengawal Istana Hampir Tertembak...

BEKAS pengawal Istana Buckingham mendedahkan dia pernah hampir tertembak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth...

Kes Samun: Pegawai, Anggota Polis Bebas Jaminan Polis

IPOH – Seorang pegawai berpangkat Inspektor dan dua anggota polis yang bertugas di Perak serta seorang orang awam yang direman bagi membantu siasatan kes kejadian samun berkumpulan dan memeras ugut di sebuah rumah di sini pada Disember lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Tahanan reman ke atas keempat-empat suspek berumur lingkungan 20-an dan 40-an itu yang bermula pada 28 Dis lepas berakhir hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Polis masih mengesan seorang lagi anggota polis serta seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam kes itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya diminta laporkannya kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ali turut mengesahkan bahawa mangsa yang terlibat dalam kes samun itu menarik balik laporan polis, namun siasatan terus dijalankan.

Seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis pada 27 Dis dengan mendakwa didatangi enam lelaki mengaku sebagai anggota polis yang ingin membuat pemeriksaan di dalam rumahnya selain diperas ugut untuk menyerahkan RM12,300.


Dipercayai wang tersebut diminta sebagai melepaskan mengsa daripada dibawa ke balai polis kerana penemuan dadah di rumahnya.

Pada 28 Dis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai berkata pegawai dan anggota berkenaan mendakwa mereka membuat serbuan ke rumah terbabit di Persiaran Rapat Baru 1, Taman Lapangan Permai kira-kira pukul 2 pagi pada 27 Dis lepas.

“Bagaimanapun, mereka tidak membuat laporan (serbuan) yang merupakan prosedur setiap kali selepas selesai serbuan. Sebaliknya, kita syaki mereka mengambil kesempatan meminta wang, memeras ugut dan menyamun mangsa,” kata Noor Rashid. – BERNAMA

Kategori