Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumpa Mayat Berbungkus Dalam...

AMPANG - Mayat seorang lelaki berbungkus di dalam beg pakaian ditemui di Jalan...

Serangan Jantung Menyerang Remaja...

KOTA BAHARU -- Serangan jantung yang akhirnya membawa maut dikesan boleh menyerang golongan...

Penjawat Awam Tentukan Jatuh...

MELAKA - Penjawat awam di negeri ini diminta menerap dan mengamalkan nilai murni...

Hanis Zalikha Tidak Ambil...

RAMAI wanita menjadikan selebriti sebagai ikon dan semangat pemangkin dalam sesuatu perkara termasuklah...

Jualan Arak: Kes Saman Khalid Samad Diputuskan 24 Januari

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Januari untuk keputusan kes saman fitnah oleh Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berhubung isu jualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di Selangor pada 2012.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Khalid. Bagaimanapun Hassan yang tidak diwakili peguam memilih untuk tidak mengemukakan sebarang hujahan.

Hassan gagal melantik peguam baharu sehingga hari ini selepas peguam terdahulu menarik diri.

Pada 3 Januari lepas, tiga saksi plaintif termasuk Khalid selesai memberi keterangan di mahkamah dengan membacakan pernyataan saksi mereka manakala Hassan memilih untuk tidak memberi keterangan.

Pada 29 April 2015, Khalid yang kini Anggota Jawatankuasa (AJK) Parti Amanah Negara memfailkan saman itu dengan mendakwa Hassan, yang ketika itu anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengucapkan kata-kata berunsur fitnah secara lisan dalam ceramahnya di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, pada 2012.


Beliau mendakwa video ucapan itu kemudian disunting dan dimuat naik ke laman media sosial YouTube yang boleh diakses orang ramai secara terbuka dan perkataan yang diucapkan Hassan itu tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah yang memberi kesan terhadap reputasi, imej dan nama baiknya yang ketika itu AJK PAS Pusat.

Pada 16 Disember 2016, mahkamah membatalkan pernyataan pembelaan Hassan selepas beliau gagal mematuhi pemfailan dokumen untuk perbicaraan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori