Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Program Imunisasi Pulih Keyakinan...

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat membantu memulihkan keyakinan perniagaan, seterusnya...

Istiadat Angkat Sumpah Menteri...

PUTRAJAYA - Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet...

Kerajaan BN Dituduh ‘Gila’...

SEBULAN yang lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah biadab berkata...

Padah Maki, Ludah Pekerja...

IPOH - Polis menahan lelaki yang hampir mencetuskan pergaduhan berbaur perkauman di kedai...

Kes Saman Fitnah Mustapa Terhadap Husam Selesai

KUALA LUMPUR – Kes saman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Datuk Husam Musa, selesai, selepas bekas naib presiden PAS itu menyatakan kekesalannya berhubung penerbitan kenyataan fitnah terhadap menteri itu.

Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman itu atas dakwaan Husam telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dalam ceramah politik di Tapak Ekspo Machang, Kelantan pada 23 Mac tahun sama.

Terdahulu, Husam selaku defendan membacakan kenyataan bagi menzahirkan kekesalannya berhubung penerbitan perkataan berunsur fitnah yang diterbitkan dalam Harakahdaily di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

Katanya berkata beliau tidak pernah mengatakan perkataan-perkataan yang menjadi asas dalam kes saman fitnah itu yang diterbitkan dalam HarakahDaily bertarikh 24 Mac 2013 di bawah tajuk “Lahad Datu: Menteri Sepatutnya Letak Jawatan”.

Katanya beliau tidak pernah menuduh plaintif (Mustapa) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan seperti yang dinyatakan dalam penerbitan itu.

“Oleh kerana nama saya disabitkan sebagai orang yang mula dikaitkan membuat tuduhan sedemikian terhadapnya, saya berasa kesal dengan kejadian penerbitan itu kerana telah salah memetik apa yang kononnya perkataan-perkataan saya menyebabkan kesulitan kepada saya dan juga plaintif,” kata Husam.

Sementara itu, peguam mewakili Mustapa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata dengan kenyataan yang dibacakan Husam secara terbuka itu, anak guamnya berpuas hati dan menarik balik saman tersebut tanpa sebarang perintah termasuk kos.

Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu tanpa sebarang perintah termasuk kos.


Dalam samannya, Anggota Parlimen Jeli itu mendakwa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menerbitkan perkataan fitnah oleh Husam itu menerusi harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman sesawang berkenaan.

Mustapa mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti serta menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO.

Beliau memohon ganti rugi tambahan dan teladan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah berkenaan.

Pada 8 Dis 2015, kes saman sama oleh Mustapa terhadap PAS, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan pengarang akhbar dalam talian itu Azmi Yusof turut diselesaikan secara baik selepas kesemua defendan itu mengemukakan permohonan maaf melalui peguam mewakili mereka, Sharifah Nur Asmaa’ Syed Azman.

Sejurus selesai prosiding, Husam dilihat bersalaman dengan Mustapa di luar mahkamah. Prosiding itu turut dihadiri peguam Mohamad Fitri Khalis Ahmad dan Ahmad Termizi Abdullah, mewakili Husam.

Hari ini kes itu dijadualkan untuk sambung bicara dan Mustapa sepatutnya memberi keterangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori