Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Orang Awam Masih Ingkar,...

KUALA LUMPUR - Masih ramai orang awam yang ingkar dan mengambil mudah Perintah...

RM2.18 Juta Disalurkan Melalui...

KUANTAN - Sejumlah RM2.18 juta telah disalurkan oleh SME Corporation Malaysia kepada 15...

[TERKINI] 13 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 rakyat Malaysia disahkan maut manakala sembilan lagi cedera...

Terminal Lapangan Terbang Rome...

ROME - Sejumlah penerbangan dibatalkan dan jadual perjalanan beribu-ribu penumpang terjejas selepas sebahagian...

Kes Remaja Pandu Lawan Arus Ditetapkan 3 Ogos

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan seorang remaja perempuan yang memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian 14 Mac lepas.

Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkàn tarikh baharu kerana peguam tertuduh, Parmjit Singh Mahinder tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Jamaliah juga mengingatkan tertuduh Ng Pei Ven, 19, agar memastikan kehadiran peguamnya pada hari sebutan akan datang bagi memastikan kelancaran prosiding.

Pemegang kad orang kurang upaya (masalah pembelajaran) itu didakwa mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 serta boleh hilang kelayakan lesen memandu sehingga lima tahun.

Dalam insiden 7.50 pagi 14 Mac lepas, suspek memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.


Ng kemudian dipercayai merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.

Pada 12 Mei lepas, mahkamah yang sama melepas dan membebaskan Ng atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine semasa memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di KM 134 Lebuhraya Utara Selatan  dekat Permatang Pauh (hari dan tempat yang sama). – BERNAMA

Kategori