Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Daesh Menyamar ‘Penuntut Kolej’...

POLIS Selangor akan menyiasat dakwaan kumpulan pengganas Daesh yang dikatakan menyamar sebagai penuntut...

Rizab Malaysia Tetap Boleh...

KUALA LUMPUR - Butiran terperinci rizab antarabangsa Malaysia berdasarkan format Standard Penyebaran Data...

Sekolah Di Selangor Ditutup...

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Selangor ditutup bermula esok sehingga cuti Aidilfitri...

Sarawak Jaga Kepentingan Islam,...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa...

Kes Pecah Amanah Bekas Pengurus Besar SLDB Feb 2017

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan Februari tahun depan untuk perbicaraan kes bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan pemilik sebuah syarikat kelapa sawit masing-masing atas dakwaan pecah amanah serta bersubahat melakukan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM8.9 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan 1 hingga 3 Feb dan 14 hingga 16 Februari 2017 untuk perbicaraan selepas kes itu disebut semula di hadapannya hari ini.

Bekas Pengurus Besar SLDB George@Juaari Majid, 63, didakwa membuat bayaran kepada pemilik syarikat kelapa sawit How Kim San, 55, sebanyak RM8,999,999.30 sebagai bayaran pampasan terhadap tanah dan tanaman di Kampung Babason, Sook, Keningau, Sabah sedangkan tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) itu merupakan milik Kerajaan Negeri Sabah.

Dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

How pula dituduh bersubahat menerima bayaran pampasan terhadap tanah berkenaan daripada George sedangkan George menyedari bahawa tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) tersebut merupakan milik kerajaan Negeri Sabah.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

George dan How didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Wisma Sabah Land Development Board di antara 22 Mac 2013 hingga 14 Ogos 2013.

Pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Awang Samsul Baharum berkata pihak pendakwaan akan menawarkan 23 saksi pada perbicaraan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori