Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Terperangkap 45 Minit...

Jasin - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih...

Malaysia Sangkal Dakwaan 6,500...

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini menafikan dapatan kajian Universiti Harvard dan Columbia...

Nafi Aktiviti Pembalakan Di...

SEREMBAN – Tiasa kelulusan diberikan bagi aktiviti pembalakan di kawasan Bukit Baginda di...

2 Rumah, 3 Gerai...

KOTA KINABALU - Dua rumah dan tiga gerai jenis tidak kekal musnah dalam...

Kes Kehamilan Remaja Sarawak Catat Penurunan

KUCHING – Kes kehamilan dalam kalangan remaja di Sarawak menunjukkan penurunan daripada 4,078 kes pada 2013 kepada 2,087 kes setakat Oktober tahun ini, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah.

Katanya kementeriannya bersama Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil akan mempergiatkan usaha pencegahan dan advokasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Sarawak melalui program kesedaran dan advokasi pendidikan seksual (KAPS).

Fatimah berkata kementeriannya memandang serius terhadap kes kehamilan luar nikah yang berakhir dengan pembuangan bayi.

Sepanjang tahun ini sehingga 24 November lalu, 10 kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini dengan kes terbaru berlaku di Tudan, Miri, katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Bagi mengelakkan pembuangan bayi secara tidak berperikemanusiaan, Fatimah berkata kementeriannya akan menjalin kerjasama strategik dengan Hospital Pakar Kuching (KcSH) bagi melaksanakan Projek KPJ ‘baby hatch’ di hospital berkenaan.

“Tujuan ‘baby hatch’ adalah untuk mengelakkan pembuangan bayi di tempat tidak selamat, mengurangkan kematian bayi yang tidak dikehendaki serta menyelamat nyawa bayi yang tidak minta dilahirkan namun masih mempunyai hak untuk hidup,” kata beliau.

Sementara itu, Fatimah berkata kes keganasan rumah tangga menunjukkan trend yang membimbangkan di negeri ini apabila 279 kes (97 lelaki dan 182 wanita) dilaporkan kepada polis pada 2015 manakala setakat Oktober tahun ini, 349 kes (85 lelaki dan 264 wanita) dilaporkan.

Penderaan terhadap kanak-kanak pula mencatatkan 15 kes melibatkan tujuh lelaki dan lapan perempuan dilaporkan pada 2015 dan 22 kes melibatkan 17 lelaki dan 14 perempuan dilaporkan setakat Oktober tahun ini.


Bagi melindungi mangsa keganasan tersebut, beliau berkata kementeriannya mula mengambil langkah memantapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada berhubung dengan urus tadbir kes keganasan.

“Pada masa yang sama kementerian sudah mewujudkan SOP antara agensi bagi tujuan penyelarasan supaya urus tadbir kes keganasan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan oleh agensi bertanggungjawab seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Fatimah juga memaklumkan dewan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk menambah baik skim bantuan bencana bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana dan bersifat sementara, bukan berbentuk pampasan ke atas kerugian yang ditanggung oleh mangsa.

Beliau berkata bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak tahun ini, RM4.8 juta diperuntukkan untuk membina tujuh buah tabika baharu dan membaik pulih 12 tabika.

Katanya pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2017 akan memberi faedah kepada 475 orang kanak-kanak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori