Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Ada Pihak Cuba Buktikan...

KUALA LUMPUR – Ada pihak cuba membuktikan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim...

Tony Fernandes Antara 100...

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes tersenarai antara 100 individu...

BNM Naikkan OPR Kali...

Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas...

Hanya 200 Orang Aje...

KUCHING - Ini bukan sembarangan ceramah biasa malah ia dianggap ceramah 'grand' DAP...

Kes HFMD Di Pahang Meningkat Enam Kali Ganda Kepada 1,288 Kes

KUANTAN : Pahang merekodkan sebanyak 1,288 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga semalam yang meningkat enam kali ganda berbanding hanya 200 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azmi Yunus berkata, daripada jumlah tersebut, 138 kes adalah kes dikenal pasti hasil daripada penularan yang berlaku di 27 buah pusat asuhan dan prasekolah di negeri ini.

Menurutnya, namun begitu penutupan pusat jagaan atau sekolah yang terlibat bergantung kepada penilaian risiko yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kebiasaan jangkitan adalah ringan dan tiada rawatan khusus atau rawatan alternatif untuk merawat jangkitan HFMD. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit contohnya seperti jika pesakit demam, antipyretic yang akan diberikan.

“Selain itu, pesakit dinasihatkan untuk minum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi sepanjang tempoh jangkitan, dapatkan rehat secukupnya dan amalkan pemakanan sihat dan seimbang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Dr. Noor Azimi berkata, ibu bapa dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan promosi rawatan alternatif bagi menyembuhkan HFMD.


Katanya, bagi mereka yang bergejala dapatkan nasihat yang sahih daripada pegawai perubatan dan anggota kesihatan.

“Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, tren kes HFMD pada minggu ini masih lagi menunjukkan peningkatan kes. Tren ini dijangka akan terus meningkat jika langkah-langkah pencegahan HFMD tidak diambil oleh ibu bapa dan pengusaha pusat asuhan dan pra sekolah. Sehubungan itu, anak-anak diharuskan menjaga kebersihan asas termasuk amalan cuci tangan yang betul.

“Elakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas, dan alat mainan bagi mengelakkan penularan penyakit kepada anak-anak yang lain. Jika ada sebarang tanda-tanda jangkitan HFMD elakkan membawa anak ke tempat tumpuan umum seperti pusat membeli-belah, atau menghantar ke sekolah. Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan jika anak-anak menunjukkan tanda-tanda jangkitan HFMD,” katanya.

Sementara itu katanya, pihak pusat jagaan atau sekolah perlu membuat saringan di pintu masuk bagi mengenal pasti kanak-kanak yang dibenarkan hadir dan tiada tanda-tanda penyakit HFMD dan sekiranya didapati ada kanak-kanak yang bergejala dan tidak dapat diambil oleh ibu bapa, kanak-kanak ini hendaklah diasingkan di bilik khas dan menggunakan pelitup muka.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori