Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

MATTA Fair 2019 Bukti...

KUALA LUMPUR - Ketika Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair)...

#ZoukLofa: Neelofa Hilang Lebih...

SEHINGGA kini, isu berkaitan pelakon dan pengacara Neelofa masih lagi diperkatakan di setiap...

Kisah Dilema Seorang Wanita...

KECIL salah, bila besar pun masalah. Haih, macam-macam hal lah kan.Mungkin sesetengah wanita begitu...

ADUN PH Mahu Jadi...

BATU PAHAT : Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan terus menjadi 'pembangkang' apabila...

Kes Gaduh Di Low Yat – 18 Ditahan Bantu Siasatan

BERIKUTAN situasi tegang yang berlaku di pusat beli-belah Plaza Low Yat pada Ahad malam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 17 individu bagi membantu siasatan.

Sebelum itu, pihak berkuasa terlebih dahulu menahan seorang pemuda yang juga suspek kes kecurian telefon bimbit di sebuah premis di situ.

Mesti Baca! Pertelingkahan Di Low Yat, Ini Cerita Sebenar

Memetik kenyataan dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa dalam satu sidang media sebentar tadi, “Suspek kini ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan dan hasil siasatan mendapati suspek turut positif dadah.”

Beliau turut berkata, individu-individu yang ditahan berusia sekitar 16 tahun sehingga 40 tahun dan pihaknya kini sedang menunggu perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret.

Dalam pada itu, tujuh individu dilaporkan cedera termasuk tiga pemberita yang hadir semalam.

Isu tersebut menjadi panas sejak tersebarnya rakaman video dari pengunjung plaza Sabtu lalu sebelum ia menjadi semakin besar apabila pihak-pihak berhimpun dan menimbulkan kekecohan di perkarangan Low Yat, malam tadi.


– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Isu Low Yat – Kemarahan Tidak Dapat Dibendung Lagi

https://www.youtube.com/watch?v=e-CKgn0Ozb4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori