Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Maid Malukan Jokowi,...

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, merancang untuk...

Syor Kaji Semula Definisi...

KUALA LUMPUR : Seorang pakar kriminologi menyarankan definisi rasuah dikaji semula supaya konsep...

Polis Buru Dua Beradik...

PASIR MAS - Polis masih memburu dua beradik bagi membantu siasatan berhubung penemuan...

Isu Peluk Ifa: Hisyam...

GANDINGANNYA bersama Ifa Raziah pada konsert akhir Gegar Vaganza minggu lalu turut memalit kontroversi...

Kes Dera: Kanak-Kanak Perempuan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai didera kenalan ibunya di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini, meninggal dunia petang tadi selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang sejak Isnin lalu.

Ketika mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun pada 1 pagi semalam bagi membantu siasatan kes yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekarang ini polis sedang mengesan beberapa individu lagi untuk membantu siasatan,” katanya, menambah polis sedang menunggu laporan bedah siasat kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian Isnin lepas, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan serius di kepala, dipercayai akibat didera, dan dihantar ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh dua lelaki tempatan pada kira-kira 6.30 petang. – BERNAMA

Kategori