Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemegang Ijazah Kelas 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,643,734 pelajar membuat pinjaman berjumlah RM48.6 bilion daripada Perbadanan...

Budak Kecil Tak Gentar...

AUCKLAND - Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di...

MB NS Sedang Dirawat...

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun sedang menjalani rawatan di sebuah...

Gempa Dikesan 90km Barat...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku 90km di...

Kes Demam Denggi Tunjuk Trend Peningkatan

PUTRAJAYA – Kes demam denggi menunjukkan trend peningkatan pada minggu kelapan awal tahun ini dari 19 hingga 25 Februari apabila mencatatkan 1,937 kes berbanding 1,915 kes pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak enam kes kematian akibat denggi turut dicatatkan sepanjang minggu tersebut menjadikan jumlah kematian sejak 1 Januari hingga 25 Februari sebanyak 40 kematian, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu menurun berbanding 54 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

“Orang ramai di kawasan berwabak digalakkan menggunakan semburan racun aerosol di dalam rumah dan memberi kerjasama penuh kepada anggota kesihatan yang menjalankan aktiviti semburan kabus, selain memastikan persekitaran rumah bebas dari pembiakan Aedes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kumulatif kes yang dilaporkan dari bulan Januari sehingga 25 Februari adalah 14,513 kes, menurun 43 peratus berbanding 25,403 kes yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun 2016.

Terdapat lima negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Kedah dan Pahang, katanya.


Dr Noor Hisham dalam pada itu berkata bermula pada 15 Februari hingga 2 Mac lepas, Kementerian Kesihatan telah menerima laporan mengenai kejadian kes Chikungunya dari Baling, Kedah dan Gombak, Selangor.

Katanya bagi tempoh tersebut terdapat 50 kes disahkan dengan ujian darah yang positif untuk Chikungunya iaitu melibatkan 36 kes di Baling dan 14 kes di Gombak, dengan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 1 Mac.

Dr Noor Hisham berkata lokaliti yang melaporkan kes Chikungunya di Baling ialah di Taman Batu Pekaka, Jalan Market, Taman Orkid, Taman Insaniah, Taman Sheikh Fadzir, Taman Tanjung Puteri dan Kampung Jernang, manakala satu lokaliti di Kampung Simpang Tiga, Gombak. – BERNAMA

Kategori