Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Dakwa Ditipu Datuk...

KECOH di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dia dan suaminya ditipu seorang...

Rusia Cari 8 Angkasawan...

MOSCOW - Agensi angkasa Rusia pada Selasa mengumumkan proses pencarian cosmonaut atau angkasawan...

Desak Lucut Jawatan Mahathir...

KUALA LUMPUR - Pimpinan UMNO di peringkat akar umbi mendesak supaya kerajaan...

Kunjungan Trump Dikutuk Cemar...

BAGHDAD - Pemimpin politik dan militan Iraq mengutuk kunjungan mengejut Presiden Amerika Syarikat...

Kes Demam Denggi Menurun 50% Setiap Minggu

IPOH – Kempen Perangi Denggi Habis-Habisan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dua bulan lepas, menghasilkann kesan positif apabila kes demam denggi direkodkan menurun sebanyak 50 peratus pada setiap minggu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penurunan itu juga berlaku di Kelantan dan Selangor yang sebelum ini mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tinggi.

Katanya kes demam denggi itu dilihat menurun daripada 3,000 kes kepada 1,500 kes berikutan pelbagai usaha yang dijalankan KKM dengan kerjasama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta orang awam dalam mengawal pembiakan nyamuk aedes terutama di kawasan berisiko.

“Bilangan kes demam denggi yang tinggi terutama di Selangor dan di Kelantan juga menunjukkan penurunan. Kakitangan KKM akan terus menjalankan tugas seperti biasa dalam menangani pembiakan nyamuk aedes walaupun kempen telah tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Institusi Latihan KKM (ILKKM) di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Kempen itu memberi tumpuan di sembilan kawasan iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak di Selangor; Cheras, Titiwangsa, Kepong dan Putrajaya di Wilayah Persekutuan serta Seremban di Negeri Sembilan.


Dr Hilmi berkata pembiakan nyamuk aedes terutama di Selangor dan Kelantan berpunca daripada sampah sarap yang menyebabkan air bertakung.

“Terdapat kontraktor yang dilantik tidak menjalankan kerja dengan baik sebagai contoh di Selangor, terpaksa melantik kontraktor lain kerana kontraktor sedia ada tidak menjalankan pembersihan sampah sarap dengan sebaiknya,” katanya.

Mengenai pelancaran PISPA hari ini, Dr Hilmi berkata PISPA merupakan entiti yang berperanan dalam membina sahsiah dan jati diri pelatih ILKKM yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Modul PISPA yang dibina menjurus kepada usaha memperkasa semangat kesukarelawan ini, berhasrat untuk membekalkan ilmu pertahanan awam yang menyeluruh meliputi aspek perubatan kecemasan, menyelamat, etika dan sosial termasuk kenegaraan.

Katanya kementerian sentiasa berhasrat melahirkan anggota sains kesihatan bersekutu yang berkualiti, komited terhadap perkhidmatan, memiliki nilai positif dan keutuhan diri serta semangat cintakan negara yang berdaulat ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori