Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KP DBKL Mhd Amin...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd Amin...

Pelan Transformasi SPAD Dijangka...

KUCHING - Pelan transformasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka dibentangkan kepada Kabinet...

Pelayan Wanita Berseluar Dalam...

PASTI ramai yang teruja melihat sebuah kafe yang dipenuhi dengan pelayan-pelayan wanita seksi...

Semua Pasukan Liga Super...

KUALA LUMPUR - Sebelas pasukan Liga Super musim ini berdepan dengan tindakan diturunkan...

Kes Curi Motosikal Di Selama Berkurang

LARUT – Kes kecurian motosikal di Selama berkurang daripada 38 kes pada 2014 kepada 25 kes tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah Selama, DSP Loo Lian Lay.

Beliau berkata penurunan jumlah kes itu adalah hasil daripada perancangan serta penguatkuasaan yang dilakukan pihak polis.

“Kita membuat rondaan berkereta dan motosikal di kawasan berisiko seperti taman perumahan dan kawasan perkampungan yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Selain itu masyarakat juga membantu polis dengan menyalurkan maklumat mengenai kejadian jenayah di kawasan mereka,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Loo berkata selain kes kecurian motosikal, pihaknya turut memberi perhatian kepada usaha mencegah jenayah pecah rumah dan pada masa sama menasihati orang ramai agar bekerja sama.


“Penduduk perlu memastikan rumah mereka dalam keadaan berkunci dan simpan barangan berharga di tempat yang tersembunyi jika mahu meninggalkan rumah,” kata Loo.

Menurutnya, pihaknya juga giat mengadakan pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga keselamatan bersama dan tidak meletakkan ia kepada pihak berkuasa sahaja.

Kerjasama komuniti setempat membabitkan semua kaum terutama dalam aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) dapat mencegah jenayah selain mengeratkan hubungan antara kaum di kawasan masing-masing, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori