Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Minum Air Kencing Anjing...

JIJIK...seorang wanita sanggup minum air kencing anjing peliharaannya kononnya ia dapat mengubati masalah...

Jangan Lantik Pihak Berkepentingan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan memilih ahli jawatankuasa...

5 Tanda Awal Kemusnahan...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... Hubungan mana yang tak berdepan...

Peraturan Tidak Dipatuhi: MH370

KUALA LUMPUR - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata hari ini, satu...

Kes Curi Motosikal Di Jempol Semakin Membimbangkan

JEMPOL – Kes kecurian motosikal di bandar ini semakin membimbangkan sejak dua bulan kebelakangan ini, kata Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias.

Beliau berkata antara punca berlakunya kekerapan kecurian motosikal ialah disebabkan kecuaian orang awam yang meninggalkan kenderaan mereka tanpa berkunci sehingga memberi peluang dan memudahkan suspek melakukan jenayah.

“Walaupun kita menjalankan operasi, boleh dikatakan hari-hari ada kecurian motosikal dan perkara ini sangat membimbangkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun secara keseluruhan indeks jenayah di bandar ini menurun tiga peratus kepada 244 kes setakat semalam berbanding 252 dalam tempoh yang sama tahun lepas, jenayah curi motosikal menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Kes kecurian motosikal di daerah ini meningkat 138 peratus kepada 31 kes pada bulan Julai hingga semalam, berbanding 13 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Hamzah berkata polis masih berusaha mengesan dan mengenal pasti suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan menjalankan aktiviti mencuri secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua orang.

“Suspek menyasarkan kawasan tumpuan awam seperti pasar raya, deretan kedai dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam manakala motosikal jenis Honda EX5 adalah antara yang paling banyak dicuri.


“Kita dapati kawasan yang kerap berlaku kecurian motosikal ialah di Pekan Bahau, Rompin dan Batu Kikir,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan pemilik motosikal untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat dengan menguncinya sebelum meninggalkannya.

“Kita nasihatkan pemilik motosikal mengunci kenderaan mereka dengan betul apabila pergi membeli barang walaupun untuk masa yang singkat.

“Siasatan mendapati pemilik tidak mengunci motosikal dengan betul ketika mereka pergi membeli barang di kedai, dan ketika inilah pencuri ini mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata kes seperti ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan bermotor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori