Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vellfire Pengarah JSJN Hilang...

SHAH ALAM - Tiada sebarang isu mencabar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya hanya...

FB Pos Malaysia Dihujani...

KUALA LUMPUR - Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad dihujani pertanyaan sama ada pengguna...

Pengurus Besar, Isteri Direman...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah daripada Mahkamah...

Krisis PR: Azmin Akan...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor...

Kes Bunuh Rakyat Myanmar Ada Kaitan Dengan Pemerdagangan

GEORGE TOWN – Polis percaya penemuan mayat seorang lelaki Myanmar berusia 40 tahun di Kubang Semang, Seberang Perai Tengah (SPT) semalam mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata susulan kes itu, polis berjaya menyelamatkan 17 lelaki Myanmar yang menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang dikurung di sebuah rumah di Kulim, Kedah.

Beliau berkata polis menahan tiga lelaki iaitu dua Myanmar dan seorang Bangladesh, berusia antara 18 dan 24 tahun yang dipercayai pengawal kepada mereka yang dikurung itu.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Mazlan berkata turut ditahan lima lelaki Melayu berumur antara 26 dan 34 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh buruh rakyat Myanmar itu.

“Kami percaya pembunuhan ini berlaku kerana ketidakpuasan hati berhubung pembahagian duit penyeludupan manusia yang dibawa masuk ke negeri ini. Berapa lama kesemua mereka berada di negara ini masih dalam siasatan.

“Siasatan kes pembunuhan itu membawa kepada penemuan penglibatan rakyat Myanmar dalam penyeludupan manusia. Yang ini (kes pemerdagangan manusia) kami serah kepada polis Kedah untuk menyelesaikannya,” katanya.

Semalam, polis menemui mayat Abul Kassim Abdul Shukur dalam kawasan semak bersebelahan ladang kelapa sawit, Jalan Ara Kuda SPT dan pengecaman dilakukan oleh isteri dan anak buruh binaan itu di Hospital Seberang Jaya.


Abul Kassim dilapor ditarik masuk ke dalam kereta Proton Saga sebelum kenderaan itu memecut ke arah Sungai Nibong, di sini pada pukul 5.20 petang Isnin (12 Jan).

Mazlan berkata polis percaya lelaki yang merupakan pemegang kad UNCHR itu dibunuh di luar Pulau Pinang dan mayatnya dibuang di SPT.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga 20 Jan ini dan polis masih meneruskan operasi bagi mengesan beberapa suspek lagi yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Sementara itu, beliau berkata polis berjaya menyelesaikan sembilan daripada 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar di negeri ini, termasuk kes yang membabitkan anggota badan mangsa dikerat dan dibuang di beberapa kawasan.

Polis masih mengesan kumpulan lain yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori