Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Pula Kena...

BELUM reda lagi isu aktor si Alif Satar yang menjadi mangsa perbualan berikutan...

Sazali, Nicol Olahragawan, Olahragawati...

PETALING JAYA - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mencipta rekod baharu apabila...

Rakyat Boleh Nilai Sendiri...

KUALA TERENGGANU - Rakyat boleh menilai sendiri prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang...

KEMASKINI: Kes Pasangan Separuh...

EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar...

Kes Buli SMK Bandar Tasek Mutiara Selesai – Kamalanathan

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan sudah menyelesaikan kes buli dan samseng yang didakwa berlaku di SMK Bandar Tasek Mutiara, manakala pelajar yang digantung persekolahan digesa merayu agar dibenar kembali bersekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pihak berkuasa sekolah itu dan Jabatan Pendidikan sedang mencari penyelesaian secara baik, bukan sahaja bagi kes itu, tetapi juga sebagai suatu penyelesaian jangka panjang.

Beliau berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan juga bersetuju menjadikan sekolah itu sebagai anak angkatnya bagi memastikan isu berkenaan tidak berulang.

“Niat kami ialah untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang dan seorang pegawai polis berbangsa India dilantik membantu sekolah berkenaan bagi menangani perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mega Penang Free School bersempena sambutan ulang tahun ke-200 sekolah itu pada tahun ini di sini Ahad.

Kamalanathan juga berharap dua pelajar yang belum mengemukakan rayuan supaya segera berbuat demikian agar mereka berpeluang menyambung kembali persekolahan.

“Menurut Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, empat pelajar digantung persekolahan, tetapi dua daripada mereka merayu dan diterima semula,” katanya.


Laporan pada 3 April menyebut bahawa sekumpulan orang ramai mengadakan bantahan di luar sekolah itu di Simpang Ampat, Nibong Tebal kerana mendakwa ia tidak mempedulikan rayuan supaya diambil tindakan berhubung kes buli dan samseng yang didakwa berlaku di sekolah itu.

Bagaimanapun, Kamalanathan berkata polis sedang menyiasat aktiviti samseng yang didakwa berlaku itu dan seorang daripada pegawai kanan sekolah berkenaan ditukar ke sekolah lain.

“Kami tidak terikat oleh pendapat seseorang individu tentang apa yang patut kami lakukan di Kementerian Pendidikan. Siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh menghukum seseorang sekiranya dia tidak melakukan kesalahan,” katanya sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy, yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap guru di sekolah berkenaan yang didakwa berlaku kejadian buli dan samseng.

Kamalanathan berkata MIC negeri bekerjasama rapat dengan ibu bapa, pihak berkuasa sekolah dan Jabatan Pendidikan bagi mencari penyelesaian secara baik untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori