Kes Bocor Maklumat, SPRM Sambut Baik Polis Tangguh Siasatan

SUSULAN pengumuman pihak polis untuk menangguhkan siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kebocoran maklumat palsu mengenai syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan tersebut menyambut baik tindakan yang diputuskan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, keputusan tersebut dapat membantu memulihkan suasana tidak senang yang wujud kini.

Tambah beliau lagi, SPRM memahami tugas serta tanggungjawab yang dijalankan PDRM dan mengharapkan perkara sama dari pihak polis.

BERKAITAN: DAP ‘Bengang’ Polis Tangguh Siasat SPRM

Memetik laporan portal Agenda Daily, “SPRM ingin menjelaskan bahawa Suruhanjaya ini komited untuk menjalankan tugas membenteras jenayah rasuah secara bebas,telus dan professional.”

Dalam pada itu, SPRM mengharapkan agar pihak di luar sana berhenti dari menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Malam Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk menangguhkan siasatan terhadap SPRM. – MYNEWSHUB.CC

SPRM Tak Terlibat Kebocoran Maklumat IMDB

Loading...