Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Pura-Pura Kencing Dalam...

SEORANG bapa mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan anak perempuannya yang berusia enam tahun,...

Guru ‘Kantoi’ Adakan Hubungan...

HARAPKAN pegar, pegar makan padi!Guru yang diharapkan dapat membantu mendidik anak-anak untuk menjadi...

Malaysia Tewas Bermaruah 1-2...

LANGKAH skuad negara pada Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23)...

Netizen Melampau, Linda Kesal...

ANAK merupakan anugerah daripada Yang Maha Esa tetapi dengan rezeki yang diberikan itu,...

Kertas Siasatan Dr M Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya hampir menyelesaikan kertas siasatan berkenaan.

“Kertas siasatan hampir siap dalam usaha melengkapkan siasatan dan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi arahan selanjutnya.

“Di peringkat ini, polis masih meneliti keterangan yang diambil daripada beliau (Dr Mahathir) semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan tamat latihan 524 pelatih termasuk tujuh pegawai dari Brunei yang menjalani kursus asas kadet Inspektor siri 1/2015 selama sembilan bulan sejak 8 Feb lalu dan berakhir hari ini di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini.

Bagaimanapun, Noor Rashid berkata keterangan yang diambil tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu 1Malaysia Develpoment Berhad (1MDB).

Katanya sebelum ini polis telah membuat satu temu janji bersama Dr Mahathir selepas memberi pilihan kepadanya untuk menetapkan lokasi bagi diambil keterangan.

“Semalam, Dr Mahathir memilih Yayasan Al-Bukhary sebagai tempat untuk diambil keterangan dan beliau dilihat memberi kerjasama yang baik sepanjang proses itu berlangsung,” katanya.


Ditanya sama ada polis akan menahan Dr Mahathir, Noor Rashid berkata ia bergantung kepada keadaan dan hasil siasatan yang dijalankan.

Semalam, sepasukan pegawai polis mengambil keterangan daripada Dr Mahathir berhubung dakwaannya membuat kenyataan berunsur fitnah selama 45 minit mulai 11 pagi itu di lokasi berkenaan.

Menyentuh tindakan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menggeledah pejabat Malaysiakini dan The Star Online semalam, Noor Rashid berkata tindakan itu adalah bagi mengumpul bahan bukti susulan laporan polis yang dibuat ke atas kedua-dua portal berita itu.

“Penggeledahan dibuat kerana polis merasakan kandungan berita yang disiarkan mempunyai unsur fitnah dan melanggar kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Noor Rashid berkata polis juga akan mengambil keterangan beberapa individu yang terlibat dalam penyiaran berita itu jika keadaan memerlukan.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kami perlu meneliti dahulu maklumat yang diperoleh hasil penggeledahan semalam,” katanya.

Semalam, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Putrajaya bersama SKMM hadir ke pejabat kedua-dua portal berita itu untuk menjalankan siasatan berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didapati berunsur fitnah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bbzFJvQSpu8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori