Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PTPTN Sasar Kutipan Balik...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan jumlah bayaran balik oleh peminjam Perbadanan...

PAS Bimbang Mueller Urus...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) kurang senang dengan pelantikan Ketua...

Sungai Rambai Berpotensi Di...

JASIN - Daerah kecil Sungai Rambai berpotensi besar menjadi pusat pertumbuhan baharu di...

Tawaran Jualan Minyak Masak...

PASIR PUTEH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyediakan...

Kerja Di Projek Gateway Klang Dihenti Sementara

KUALA LUMPUR – Vivocom Intl Holdings Bhd berkata ia menghentikan sementara waktu kerja-kerja di projek Gateway Klang untuk memudahkan perbincangan yang sedang dilaksanakan antara pemilik projek dan China Railway Construction Corporation (CRCC).

Syarikat mengulas laporan berita baru-baru ini yang menyatakan subkontrak Vivocom bagi Gateway Klang (sebelum ini dikenali sebagai One Gateway Klang), tergendala disebabkan kelewatan pembayaran oleh pemaju projek, Lagenda Erajuta Sdn Bhd kepada kontraktor utama, CRCC Malaysia Bhd, anak syarikat tempatan CRCC.

CRCC Malaysia telah menyerahkan kerja-kerja subkontrak kepada Vivocom.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Vivocom berkata setakat ini, kumpulan itu tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai pembatalan daripada CRCC bagi kontrak tersebut.


“Bagaimanapun, kumpulan telah menghentikan sementara waktu kerja-kerja di tapak kontrak, sementara menunggu arahan lanjut daripada CRCC.

“Lembaga Pengarah mengambil maklum berhubung tanggungjawabnya di bawah keperluan penyenaraian mengenai pendedahan perkembangan penting dan akan membuat pengumuman yang perlu selepas menerima pemberitahuan rasmi daripada CRCC, jika ada, mengenai perkara tersebut,” katanya. – BERNAMA

Kategori