Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rumah Setinggan Musnah Dalam...

KOTA KINABALU - Lebih 20 rumah setinggan di Kampung Cenderamata 2, Likas dekat...

Pemandu Kutuk Terang-Terangan Jenama...

MACAM-MACAM cara orang luahkan ketidakpuasan hati dan pengguna kereta ini menggunakan pelekat bagi menggambarkan perasaannya....

Ahli Perniagaan Didakwa Rasuah...

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Anggota AADK Redah Hujan...

SEMBILAN individu dipercayai penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap, dalam...

Kerja Didik Masyarakat Benci Rasuah

BAGAN SERAI – Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat supaya bencikan rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata usaha itu juga bagi memastikan negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya SPRM memerlukan sokongan rakyat agar hak mereka tidak dikhianati oleh pihak yang tamak haloba.

“Dalam hal ini SPRM akan memastikan dasar dibuat kerajaan Persekutuan dan negeri untuk kepentingan rakyat dapat dilaksanakan. Apa yang berlaku ada dasar kerajaan tidak dilaksanakan kerana disebabkan rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka yang diamanahkan (melaksanakan dasar),” katanya berucap pada program Kejar bersama masyarakat Banjar di Kampung Parit Air Hitam dekat sini, hari ini.


Program Kejar yang dianjurkan bersempena 50 tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/ SPRM pada 1 Okt 1967 di seluruh negara bermula 8 Sept dan akan berakhir pada 30 Sept ini di Perak. – BERNAMA

Kategori