Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas MB Kedah Dedah...

ALOR SETAR -  Bekas Menteri Besar (MB) Kedah, Tan Sri Osman Aroff yang...

Audit Kesiapsiagaan Kebakaran Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menjalankan pengauditan kesiapsiagaan kebakaran di semua hospital...

TPA-M10 Ke Mindanao Pantau...

PETALING JAYA - Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao 10 (TPA-M10) berlepas ke Mindanao, Filipina hari...

17 Kematian Akibat Denggi...

IPOH - Sebanyak 17 kematian akibat denggi dicatatkan di Perak bagi tempoh Januari...

Kereta Milik Pegawai Kastam Hangus Terbakar Angkara Khianat

 

Kuasa yang diamanahkan pada pihak berkuasa tempatan sememangnya merupakan tanggungjawab yang sukar dan berat untuk dipikul.

Lihat sahaja kes yang baru berlaku semalam, kereta milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hangus dan musnah terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah, Jitra dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak puas hati terhadapnya.

Kebakaran yang berlaku pada 5 pagi semalam memusnahkan kereta pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roslan Othman, 56.

 


Memetik petikan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah, berkata ia dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan tugas pegawai berkenaan.

“Namun kes masih dalam siasatan dan keterangan daripada jiran mangsa juga telah diambil,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu hari ini.

Walaupun botol plastik dan kesan minyak tanah dijumpai di lokasi kejadian, beliau menolak kebakaran berpunca daripada ‘molotov cocktail’.

Kini, kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori