Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Porsche Baru Tak Sempat...

Shenyang - Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta...

KKM Sahkan Pasar Raya...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahagian barang runcit Pasar Raya Besar...

PRN Sarawak: Sokongan Pengundi...

KUCHING - Ketika menyusuri Tebingan Kuching yang berlatarbelakangkan Sungai Sarawak dan Bangunan Dewan...

Sistem Cabut Undi Tender...

KUALA LUMPUR - Sistem cabut undi bagi pemberian tender Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan...

Kerana Tenggiling, Duda Anak 2 Didenda RM120,000

ALOR SETAR – Kerana menyimpan 109 ekor tenggiling, seorang lelaki didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Zanol Rashid Hussain turut memerintahkan Manshor Hat, 49, menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Dia menghadapi empat tuduhan atas kesalahan itu pada penghujung Disember lalu.

Tuduhan pertama ialah menyimpan 51 ekor tenggiling di dalam khemah tanpa permit khas di bawah Seksyen 68 (2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Pertuduhan kedua pula ialah menyimpan 35 ekor tenggiling tidak matang tanpa permit khas di bawah Seksyen 69 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagi pertuduhan ketiga di bawah Seksyen 70 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), Manshor didakwa menyimpan 23 ekor tenggiling betina juga tanpa permit khas.


Dia turut dituduh dengan sengaja menzalimi tenggiling hidup dengan cara mengurung dan mengikat dalam guni plastik yang menyebabkan penderitaan dan ketidakselesaan terhadap haiwan tersebut, di bawah Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),

Kesemua pertuduhan itu dilakukan pada 30 Dis 2016 di sebuah premis kediaman di Kampung Kubang Airang, Mukim Sungai Laka, Changlun.

Bagi pertuduhan pertama, dia didenda sebanyak RM50,000 atau empat bulan penjara, pertuduhan kedua didenda RM30,000 atau tiga bulan penjara, pertuduhan ketiga denda RM30,000 atau tiga bulan penjara serta denda RM10,000 atau dua bulan penjara bagi kesalahan menzalimi tenggiling.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Nur Ainaa Ridzwan manakala tertuduh yang bekerja kampung tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori