Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Syarikat Kumpul Barang Kitar...

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengumpulan barang kitar semula didenda RM15,000 oleh Mahkamah...

Video: CCTV Dedah Pelajar...

JAWA TENGAH - Sepasang kekasih ditangkap penduduk tempatan selepas dikesan melakukan seks di dalam...

Peniaga Low Yat Jangan...

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menegur tindakan peniaga Low Yat...

Pemansuhan Lesen PSV Di...

KUALA LUMPUR - Cadangan pemansuhan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) masih dalam peringkat...

Kerajaan Tidak Cadang Wujudkan Sekatan Besar-Besaran

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula sekatan besar-besaran sebaliknya berharap pelaksanaan satu prosedur operasi standard (SOP) dan sembilan garis panduan yang diguna pakai ketika ini diamalkan sebaik mungkin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mempengerusikan mesyuarat terakhir Menteri Kuartet COVID-19 (Kuartet) selepas kali pertama diadakan pada 14 September tahun lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mesyuarat terbabit adalah pendekatan utama dalam usaha kerajaan membuka semula negara secara berperingkat dan selamat.

Jelasnya, matlamat utama kerajaan di sebalik usaha itu adalah bagi membolehkan rakyat kembali dapat menjalani kehidupan seharian secara hampir normal serta belajar hidup bersama virus COVID-19.

“Secara keseluruhannya, sejak Mesyuarat Menteri Kuartet diwujudkan, negara kini sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik, 181 SOP yang diguna pakai sejak Mac 2020 kini hanya tinggal satu SOP asas dan sembilan garis panduan.

“Semua sektor sudah dibuka, setiap perayaan dibenarkan untuk disambut, pelitup muka juga sudah tidak diwajibkan di tempat terbuka malah, daftar masuk menggunakan MySejahtera juga sudah tidak lagi menjadi kewajipan.

“Situasi ini sekali gus merumuskan bahawa usaha yang dibuat oleh Kuartet membolehkan kehidupan seharian rakyat kembali kepada situasi hampir normal sekali gus menepati matlamat awal penubuhan Kuartet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, untuk memastikan usaha ‘Reopening Safely’ (pembukaan semula yang selamat) dapat dijayakan, ia bukan perkara yang mudah kerana cabarannya besar sekali gus memerlukan banyak usaha dilaksanakan membabitkan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta.


Katanya, di peringkat awal, Kuartet memberi tumpuan kepada usaha pembukaan semula sektor pendidikan secara berperingkat dan selamat seterusnya membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran kembali diadakan menerusi kaedah bersemuka di sekolah.

Pada masa sama, Kuartet juga memperhalusi kaedah yang sesuai dan selamat untuk merancakkan semula sektor ekonomi serta membuka semula secara berperingkat dan selamat pelbagai lagi sektor lain termasuk pelancongan, pekerjaan, industri dan pembuatan serta sukan.

“Pembukaan sempadan negeri dan negara secara berperingkat turut menjadi antara fokus utama Kuartet. Ini juga rumit memandangkan ia membabitkan pergerakan keluar masuk negeri dan negara dalam skala yang besar.

“Namun, hasil usaha sama semua pihak termasuk rakyat sendiri, sempadan negeri dapat dibuka pada Oktober tahun lalu selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

“Sempadan negara juga dibuka secara berperingkat terutama menerusi skim Vaccinated Travel Lane (VTL) dan pembukaan sepenuhnya sempadan negara dapat dilaksanakan pada 1 April lalu,” katanya.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli tetap Kuartet khususnya Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan serta Menteri Komunikasi dan Multimedia di atas komitmen tinggi sejak hari pertama mesyuarat itu diadakan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori