Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Perak...

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan bilangan mangsa banjir di Perak dan Kelantan pagi...

KBS Mahu MOM Pertimbang...

SEPANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia...

4,795 Lokasi Panas Berisiko...

KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 4,795 lokasi panas...

Ramai Peminat Fanatik, Shiha...

TIGA tahun 'simpan rahsia', akhirnya kini penyanyi Shiha Zikir mengakui bahawa dia pernah...

Kerajaan Tidak Akan Bayar Wang Tebusan Kepada Penculik

Ahli Parlimen pihak pembangkang dilihat beriya-iya meminta kerajaan membayar wang tebusan RM6 juta yang dituntut penculik bagi membebaskan rakyat Malaysia yang masih ditahan di Selatan Filipina, sejak lima bulan lepas.

Ahli Parlimen (PKR-Lumut) Imran Abdul Hamid berkata, sudah ramai anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) menggesa kerajaan bertindak menyelesaikan kes melibatkan seorang anggota polis dan pemilik sangkar ternakan ikan itu.

“Kalau dia katakan satu nyawa RM3 juta, dua nyawa RM6 juta, apalah sangat.

BACA – Sedihnya… Ibu Rayu Penculik Bebaskan Zakia Aliep

“Kita boleh belanja berbilion ringgit untuk benda lain. Kenapa tak boleh selamatkan dua nyawa dengan RM6 juta?” katanya dalam satu sidang media di Parlimen.

Saranan itu bagaimanapun ditolak mentah-mentah oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu sidang media di Bukit Aman, Ahmad Zahid berkata kerajaan mempunyai dasar tidak melayan sebarang tuntutan tebusan, walaupun untuk pegawai polis.

Menurut beliau, kementerian seliaannya terpaksa mempertahankan pendirian itu, walaupun salah seorang daripada isteri mangsa dan ibu bapanya datang meminta bantuan kepada beliau.


Katanya, usaha untuk menyelamatkan dua tebusan itu sedang berjalan bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat terperinci buat masa ini.

Terdahulu, Chin Pek Nyuen, isteri kepada penternak ikan yang diculik Chan Sai Chiun hadir di Parlimen untu kali kedua dalam masa dua minggu.

Dia dikatakan sudah meminta bantuan kepada kerajaan melalui memorandum minggu lepas tetapi Chin masih menerima panggilan telefon hampir setiap hari daripada penculik, yang menuntut wang tebusan RM3 juta untuk Chan sahaja.

Kumpulan penculik memberi tarikh akhir baru iaitu 30 November untuk membayar tebusan berkenaan atau dia akan dibunuh.

Ahli Parlimen (PKR-Penampang) Darrel Leiking pula mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya tidak mengesan atau memantau panggilan daripada penculik biarpun ia dibuat hampir setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori