Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Messi Ledak Gol Ke-500...

MADRID - Lionel Messi meledak jaringan ke-500 peribadinya untuk memastikan perebutan gelaran La...

“Bukan Nak Tunjuk Baik...

PETALING JAYA - Penyanyi Khai Bahar memberitahu dia sentiasa mencari ruang dan peluang...

Bekas Bendahari Dewan Pemuda...

KUALA LUMPUR - Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku...

Tiada Lagi ‘Rumah Sarang...

KUALA LUMPUR - Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan...

Kerajaan Peruntuk RM2.89 Bilion Bantu Kaum India

KUALA LUMPUR – Peruntukan berjumlah RM2.89 bilion bagi tempoh 2012-2014 merupakan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan tahunan kepada kementerian dan agensi kerajaan untuk melaksanakan program dan projak bagi kaum India.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memberitahu, antara peruntukan yang disalurkan adalah untuk membiayai pelaksanaan program yang bersifat sosial, kebudayaan termasuk peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kaum India, kuil, gereja dan Gurdwara.

“Peruntukan tersebut juga disalurkan kepada insitut latihan kemahiran serta membiayai penyelenggaraan dan pembinaan blok baharu sekolah Tamil,” jelas kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, melalui Bajet 2015 pula, kerajaan meneruskan beberapa pgoram untuk membantu kaum India seperti Skim Pembiayaan Usahawan India di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

Kata kenyataan itu, ia turut meliputi pembiayaan kepada usahawan wanita India di bawah Amanah Ikthtiar Malaysia serta menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada belia India.


Jelas kenyataan itu, dalam menyediakan peruntukan tahunan, kerajaan sentiasa mengambil kria keperluan pelbagai komuniti yang dapat membantu dan mengurangkan beban hidup rakyat.

Ia seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah, Baucar Buku 1Malaysia serta penyediaan infrastruktur jalan raya, hospital dan sekolah kebangsaan.

“Perancangan kerajaan ini dapat dimanfaat dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori